DAP virus pemusnah, noktahkan kehancuran!

- Advertisement -

BELUM selesai dan mungkin panjang lagi walaupun tampak akan selesai sehari dua ini. Rakyat berhak untuk tidak gembira dan tidak selesa dengan orang politik. Tetapi itulah namanya politik. Pengotor padangnya ramai.

Apapun, Muafakat Nasional selesai ujian berat pertamanya selepas penubuhannya beberapa bulan yang lepas. Kita tidak terdesak dan kita terus memperkenalkan politik berasaskan prinsip yang jelas. Muafakat Nasional mengukuhkan lagi kekuatannya melalui ujian ini. Tiada tercalar dan tiada ketakutan.

- Advertisement -

Kita tahu punca masalah utama negara dan kita bertegas tidak berkompromi dengannya. Kerajaan kita adalah ‘kerajaan tanpa DAP’. Islam tidak membenarkan kita bersama meraikan virus pemusnah yang sudah dikenal pasti secara jelas oleh para ulamak Islam yang penuh pengalaman dalam politik dan tipu daya musuh.

Parti yang paling terdesak adalah DAP. Daripada lemas dan terkambus hari ini, lebih baik menggapai apa saja di hadapan asalkan nyawa selamat walaupun terpaksa melemaskan ‘orang tua’ dan kawan sendiri.

Adakah rakyat Malaysia masih buta dengan DAP sesudah takdir meletakkan matahari terik bersarang di atas kepalanya?

Tanpa Islam dan rakyat yang mencintai masa depan agamanya untuk negara, semua penyelesaian adalah rapuh dan akan semakin merapuh. Pemain politik akan berputar-putar dalam kegelapan yang mereka ciptakan sendiri.

PAS dan Muafakat Nasional akan terus menjauhkan diri daripada noktah kehancuran itu dan istiqamah memelihara prinsip mendahulukan Islam untuk masa depan negara.

Terus berdoa untuk Islam dan kami daripada Muafakat Nasional.

ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا

USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ – HARAKAHDAILY 26/2/2020

- Advertisement -