Rakyat menantikan perubahan baru

- Advertisement -

YANG jelas setakat jam ini Kerajaan PH telah berkubur dan kekuatan PH pun tinggal PKR Anwar, DAP dan PAN tidak cukup bilangan minima 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Tun letak jawatan sebagai PM dan partinya serta Azmin 11 telah tinggalkan PH dan ini diikuti dengan pemecatan semua Menteri Kabinet, Timbalan-timbalan dan SETPOL manakala Tun dilantik PM interim atau sementara. WARISAN dan UPKO juga menarik sokongan dari PH.

Yang pentingnya cita-cita menamatkan dominasi DAP yang rasis dan ekstremis itu dalam kerajaan telah berjaya begitu juga menghalang Anwar menjadi PM ke-8.

- Advertisement -

Tetapi bukanlah DAP dan PAN telah nyatakan sokongan pada Tun? Itu tindakan mereka yang terdesak dan baru hilang kuasa. Bukankah sebelum ini mereka melabel semua yang lain sebagai pengkhianat? Kesan hilang kuasa tentu menghantui mereka lalu mereka akan saraf dan kata apa sahaja demi menyelamatkan kedudukan, menagih simpati dan belas ihsan. Apa bakal berlaku seterusnya?

Siapa sahaja yang punya cukup bilangan, sokongan melebihi 112 kerusi layak memohon menghadap Yang Dipertuan Agong dan memohon dilantik PM dari blok mereka. Tuanku perlu diyakinkan dan berpuas hati.

InsyaAllah PAS, BN, BERSATU, Azmin 11, GPS Sarawak dan Warisan serta parti-parti rakan memberikan kumpulan ini cukup bilangan dan layak menghadap Tuanku untuk membentuk kerajaan.

PH telah hilang majoriti maka terimalah hakikat itu dengan tenang dan bertanggungjawab. Jangan cetuskan ketegangan hingga menggugat keamanan negara.

Kini giliran yang baru yang kemunculannya sahaja telah bangkitkan ‘excitement’ dan lega di kalangan rakyat jelata khususnya umat Melayu Islam.

PH telah diberi peluang tetapi ternyata sesama komponennya telah hilang keyakinan dan bertindak merobohkannya.

Moga kemunculan kerajaan baru ini menyemarakkan minat rakyat untuk bangkit bersama bekerja mengembalikan kesejahteraan negara dan maruah kita semua.

Ya Allah permudahkanlah.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIRHARAKAHDAILY 25/2/2020

- Advertisement -