Tun M pasti ada cara untuk pecat Thomas

Tun M pasti ada cara untuk pecat Thomas
- Advertisement -

KEGAGALAN Tan Sri Tommy Thomas untuk berkhidmat secara profesional dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Peguam Negara semakin disebut oleh banyak pihak.

Terkini, Thomas telah bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghentikan prosiding tuduhan terhadap penyokong LTTE.

Tindakannya itu telah membangkitkan rasa kurang senang Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

- Advertisement -

Memang Thomas tidak mempunyai sebarang kuasa khas untuk bertindak menghentikan prosiding tuduhan itu melainkan di sana dikatakan ada sesuatu yang berkaitan.

Tindakannya telah mengejutkan banyak pihak termasuklah Persatuan Peguam Islam Malaysia. Sudah pasti reputasi Thomas menjadi semakin merosot.

Justeru PAS Kedah menyokong penuh semua desakan daripada pelbagai pihak untuk Thomas segera melepaskan jawatan sebagai Peguam Negara.

Kami yakin dengan kebijaksanaan Tun Mahathir, sudah pasti mempunyai kaedah terbaik untuk segera memecat Thomas dengan apa cara sekalipun.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Salam Hormat,
USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA,
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah,
Alor Setar – HARAKAHDAILY 24/2/2020

- Advertisement -