Peguam Negara ambil alih kuasa mahkamah?

Peguam Negara ambil alih kuasa mahkamah?
- Advertisement -

UMMAH melihat, tindakan Peguam Negara Tommy Thomas memberhentikan prosiding pendakwaan kepada 12 orang suspek yang terlibat dengan kumpulan keganasan LTTE yang ditahan, kerana tiada prospek untuk dibicarakan dengan menggunakan kuasa budi bicaranya, merupakan suatu tindakan yang menempelak, menghina dan tidak menghormati siasatan dan bidang tugas pihak polis yang sentiasa mengawasi segala tindakan mana-mana pihak yang menyokong dan mengancam keganasan negara.

UMMAH percaya bahawa pihak polis telah mempunyai segala bahan bukti yang cukup dan kukuh apabila menahan dan menangkap suspek yang terlibat dan bersedia untuk membuktikannya segala bukti di mahkamah, biarlah mahkamah yang menentukan keputusan kerana ini merupakan kes yang melibatkan kepentingan awam dan ancaman keselamatan kepada keamanan dan ketenteraman negara.

Jika Peguam Negara menggunakan kuasa budi bicaranya untuk meneruskan pendakwaan atau untuk menolaknya, ini akan membawa kepada kes yang terpilih dan melampaui kuasa mahkamah, yang menjejaskan integriti institusi Peguam Negara sebagaimana juga yang telah berlaku kepada kes Arwab Adib, yang ditolak pendakwaan dan siasatan pihak polis pada peringkat awal tangkapan sehingga kepada dibebaskan suspek yang melakukan pembunuhan.

- Advertisement -

Peguam Negara sudah menjadi hakim yang melampaui kuasa mahkamah dan ini akan menjejas dan merosakkan segala bukti yang disimpan dan dibawa oleh pihak polis tanpa ia dapat dibuktikan di mahkamah.

Bayangkan bila semua 34 bukti yang dikemukakan oleh siasatan pihak PDRM berkaitan kes ini hanya ditolak dengan ‘kuasa budi bicara’ yang ada pada Peguam Negara dan ini sangat mustahil dan memalukan pihak penyiasatan PDRM. Sudah cukup alasan bahawa Tommy Thomas sudah tidak layak lagi menjadi Peguam Negara ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi UMMAHHARAKAHDAILY 24/2/2020

- Advertisement -