Dah terbubar pun DAP-PAN nak ‘ampu’ lagi?

- Advertisement -

SATU kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri, mengundang pelbagai reaksi pihak tertentu khasnya bekas gabungan PH iaitu DAP dan PAN.

- Advertisement -


Walaupun BERSATU telah sah mengumumkan keluar PH, namun sikap ‘menonjolkan sokongan’ ke atas Tun Mahathir oleh bekas anggota PH khasnya PAN dan DAP amat mencuit hati.


Mengikut rekod sebelum ini, PAN dan DAP amat menyokong penuh Anwar Ibrahim sebagai PM-8. 
Namun segalanya berubah hari ini walau Tun Mahathir tidak lagi jadi Perdana Menteri, mereka mengeluarkan kenyataan sokongan.


Mengapa? Semuanya kerana mereka tahu bahawa Tun Mahathir dikatakan telah memiliki majoriti ahli Parlimen yang cukup bagi membentuk semula kabinet atau gabungan baharu menerajui Putrajaya.


Mereka pastinya tidak mahu ketinggalan kerana ketika kabinet terbubar dengan peletakan jawatan Tun Mahathir, mereka hilang kuasa dan terpaksa mengikut arus yang lebih besar agar mereka dapat kembali ke kedudukan bersama kabinet.

 
Namun mereka tahu peluang mereka tipis kerana merekalah sebelum ini menjadi duri dalam daging yang menyebabkan PH semakin berpecah selain peranan besar Anwar serta kumpulannya yang kerab memaksa Mahathir melepaskan jawatan menuntut kedudukan PM8.


Apa pun, debaran kini menanti pengumuman siapa PM-8 yang mana mungkin Tun Mahathir mengangkat sumpah sekali lagi.


Dikhabarkan Tun Mahathir akan ke Istana Negara sebentar lagi, perkembangan menarik bakal menyusul selepas ini.

  • HARAKAHDAILY 24/2/2020
- Advertisement -