BERSATU keluar PH

- Advertisement -

MAJLIS Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

- Advertisement -

Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia – HARAKAHDAILY 24/2/2020

- Advertisement -