Atlet sukan renang dipastikan patuh syariah

- Advertisement -

PASIR MAS: Seramai 20 orang atlet sukan renang dari Kelantan akan dipilih bagi menjalani latihan dikendalikan jurulatih yang bertauliah bagi memastikan patuh syariah.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat atlet terbabit iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan akan dilatih jurulatih yang bertauliah dengan menekankan elemen patuh syariah.

“Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO akan mengenal pasti dan melatih mereka selama enam bulan bermula Mac ini,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Sukan Sekolah-Sekolah Agama Yik, Zon 4 Pasir Mas di sini hari ini.

Kelantan akan memanfaatkan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024 bagi memperkenalkan sukan patuh syariah.

Wan Roslan juga berkata, sukan renang merupakan sunah yang digalakkan Rasullulah S.A.W. – HARAKAHDAILY 24/2/2020

- Advertisement -