Benarkah kafir yang adil itu lebih baik?

Benarkah kafir yang adil itu lebih baik?
- Advertisement -

BEBERAPA hari lepas Jabatan Peguam Negara membuat keputusan untuk menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tommy Thomas memberikan alasan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan kes ini. Beliau dipetik berkata: “Memang kelaziman untuk mempunyai idola dan bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon. Mempunyai gambar dan representasi lain yang berkaitan mereka dalam telefon bimbit atau akaun Facebook (FB) seseorang, tidak menukar seseorang menjadi pengganas.” (Berita Harian, 20 Feb 2020)

Tindakan menggugurkan kes ini memberikan reaksi yang luar biasa sehingga Mufti Perlis berharap agar berlaku perubahan segera bagi menyelamatkan negara.

- Advertisement -

Malah ada yang mempersoalkan: Apakah selepas ini penyokong kumpulan keganasan seperti ISIS dan Daish boleh menzahirkan sokongan mereka seperti yang dilakukan oleh pemimpin DAP yang didakwa seakan menyokong kumpulan pengganas LTTE ini?

Bahkan, ini bukanlah kes pertama yang melibatkan pemimpin PH yang tidak diteruskan pendakwaan. Berikut adalah senarai kes yang telah diberhentikan pendakwaannya sejak Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara, iaitu:

(a) Kes rasuah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo digugurkan pada 3 September 2018.

Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/sprm-terkejut-mahkamah-gugurkan-kes-lim-guan-eng/

(b) Kes hasutan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim. Tiga pertuduhan berhubung kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor telah digugurkan pada 26 Julai 2018. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi PKR Johor.

Lihat: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454511/tuduhan-menghasut-ahli-parlimen-pasir-gudang-dilepas-tanpa-dibebaskan

(c) Kes perhimpunan haram Ahli Parlimen DAP Kampar, Thomas Su Keong Siong. Pertuduhan berhubung menganjur perhimpunan haram telah digugurkan pada 27 Julai 2018. Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa DAP Pusat.

Lihat: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454588/ahli-parlimen-kampar-dilepas-dan-dibebaskan

(d) Kes hasutan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (PKR), R Sivarasa. Pertuduhan berhubung ucapan menghasut dalam himpunan Kita Lawan telah digugurkan pada 30 Jun 2018.

Lihat: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/363245/sivarasa-zunar-bebas-tuduhan-hasutan

Ingatkah kita semua ketika dilantik menjadi Peguam Negara, ramai di kalangan kita sendiri yang memuji melangit, sehingga memandang sinis keutamaan melantik Muslim Berwibawa bagi menggalas posisi penting jawatan utama negara.

Mereka berkata: “Orang kafir yang adil itu lebih baik!” Hari ini satu demi satu persoalan timbul dek keputusan yang dibuat sehingga ada yang melihatnya sebagai menggugat keselamatan negara.

Moga Allah membimbing kita semua.

DR. AHMAD SANUSI AZMI – HARAKAHDAILY 23/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -