Azmin akan buat pengumuman khas sebentar lagi

- Advertisement -

PETALING JAYA : Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam PKR sebentar lagi.

- Advertisement -

Pengumuman itu akan dibuat dalam sidang medianya di Sheraton Hotel, di sini pada bila-bila masa.

Ketika ini ramai wartawan sedang menunggu perkembangan itu.

Cakap-cakap mengenai pengunduran Azmin daripada PKR sedang hangat diperkatakan.

Terdahulu pagi tadi, Tun Mahathir Mohamed telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu di sini.

Menurut laporan, ia antara lain bagi membincangkan masa depan parti itu bersama koalisi yang membentuk Pakatan Harapan.

Ia juga rentetan mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Laporan lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 23/2/2020

- Advertisement -