20 kenderaan VIP masuk Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi dan rumus kian berlegar khasnya mengenai sebarang pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan telah ke Istana Negara sebentar tadi.

- Advertisement -

Kelihatan lebih 20 kenderaan kenamaan (VIP) memasuki perkarangan Istana Negara sebentar tadi.

Krew Harakah yang berada di sini sejak tadi mendapati beberapa kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5:35 petang namun bukan melalui pintu utama.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini sudah berada di Istana Negara selepas menerima perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana. – HARAKAHDAILY 23/2/2020

- Advertisement -