Wariskan perjuangan kepada anak-anak – KM Pdg Rengas

- Advertisement -

PADANG RENGAS: PAS Cawangan Taman Puncak Bougainvillea (TPB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 di Dewan Kedai Fadhlin Mart, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Ketua PAS Cawangan TPB, Ahmad Kamil Hamza dalam ucapannya mengingatkan agar setiap anggota supaya membantu gerak kerja jemaah Islam ini serta ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menggerakkan aktiviti parti.

Sementara itu Ketua Muslimat PAS Kawasan Padang Rengas, Husna Saidon dalam ucapannya menegaskan PAS bukan sahaja sebuah parti, bahkan sebuah gerakan perjuangan akidah yang mahu membawa manusia tunduk serta patuh kepada perintah Allah S.W.T.

“Apabila PAS memperolehi kuasa, PAS insya-Allah akan mentadbir negara mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah serta merujuk ulamak dalam setiap masalah pemerintahan,” ujar mewakili PAS Padang Rengas.

Tegas beliau lagi, pendokong serta penyokong PAS perlu menyusun segala gerak kerja mulai sekarang serta mewariskan perjuangan ini kepada anak serta zuriat kita kerana gerakan Islam ini merupakan mata rantai perjuangan daripada anbiya’ serta ulamak terdahulu.

Mesyuarat Agung ini adalah sebagai memenuhi formaliti selepas Perasmian Serentak Cawangan-cawangan pada 11 Januari lalu dan sebagai persediaan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada bulan April akan datang. – HARAKAHDAILY 22/2/2020

- Advertisement -