Tabung Haji dan perbincangan isu hartanah

- Advertisement -

KONSEP asas bab hartanah

(1) Isu yang panas hari ini ialah khabar mengenai penjualan aset Tabung Haji. Saya tidak mahu perincikan isu ini kerana saya bukan pakar untuk meneliti bab ini.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai isu Kapitalis, dalam bab hartanah [1]. Istilah yang digunakan oleh para politikus ialah ‘menjual aset’.

(2) Istilah ‘jual’ aset hartanah ini masih kelihatan baik dan manis. Sedangkan perbuatan tersebut wajar dipersoalkan, sekiranya dilakukan demi menguntungkan orang lain.

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa bukan semua aset kita semakin susut nilainya seperti kenderaan. Akan tetapi aset seperti hartanah, semakin hari semakin melambung.

- Advertisement -

(3) Suka untuk saya kongsi beberapa perkara penting yang ditekankan oleh Islam berkenaan aset hartanah. Nabi S.A.W bersabda;

مَنْ بَاعَ دَارًا وَلَمْ يَجْعَلْ ثَمَنَهَا فِي مِثْلِهَا لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيهَا

“Sesiapa yang menjual tempat tinggalnya, sedangkan dia tidak menggantikannya dengan rumah atau tanah yang lain, maka jual belinya tidak diberkati.”

(Riwayat Ibn Majah)

(4) Antara yang dihuraikan di dalam Syarah Misykat Masabih berdasarkan petikan Hadis tadi;

يَعْنِي: بَيْعُ الْأَرَاضِي وَالدُّورِ وَصَرْفُ ثَمَنِهَا إِلَى الْمَنْقُولَاتِ غَيْرُ مُسْتَحَبٍّ، لِأَنَّهَا كَثِيرَةُ الْمَنَافِعِ قَلِيلَةُ الْآفَةِ لَا يَسْرِقُهَا سَارِقٌ وَلَا يَلْحَقُهَا غَارَةٌ بِخِلَافِ الْمَنْقُولَاتِ، فَالْأَوْلَى أَنْ لَا تُبَاعَ وَإِنْ بَاعَهَا فَالْأَوْلَى صَرْفُ ثَمَنِهَا إِلَى أَرْضٍ أَوْ دَارٍ

“Iaitu menjual tanah dan rumah, lalu duit jualan itu digunakan untuk membeli sesuatu yang boleh berpindah, hukumnya tidak digalakkan. Kerana manfaatnya banyak dan sedikit rintangan. Ia (tanah) tidak dicuri, terselamat dari rompakan, berbeza dengan sesuatu yang boleh berpindah. Maka yang lebih utama tidak menjualnya. Jika terpaksa menjualnya, lebih patut duit jualan itu digunakan untuk beli rumah atau tanah yang lain.”

Top down VS bottom up

(1) Dalam hadis tadi, membincangkan keutamaan untuk tidak menjual hartanah yang menjadi aset. Namun, apabila kita saksikan beberapa projek penjualan aset negara, agak membimbangkan kita.

Dalam hal ini kita perlu faham banyak rangka bagi menyelesaikan masalah. Biasanya di Malaysia mengamalkan konsep ‘top down’. Berbeza dengan cara Islam iaitu ‘bottom up’.

(2) Sistem ‘top down’ iaitu wang rakyat dikumpul dan disatukan. Ini menyebabkan kuasa kewangan rakyat itu berpusat dan dikawal selia orang kerajaan termasuk Tabung Haji.

(a) Contoh Tabung Haji yang dimiliki oleh kerajaan, mengurus duit bagi 100 orang. Kalau seorang individu, nak beli hartanah yang besar-besar mungkin tak mampu.

Jadi, apabila beramai-ramai berpakat menabung duit di Tabung Haji untuk urus, maka Tabung Haji ada kemampuan untuk membeli bermacam-macam aset hartanah.

(b) Kaedah ini sangat berisiko apabila kerajaan yang mengurus Tabung Haji itu menjual aset-aset hartanahnya kepada orang lain. Menyebabkan 100 orang tadi kehilangan aset hartanah yang ‘dibeli bersama-sama’.

(3) Manakala Islam menyediakan cara ekonomi berkonsepkan ‘bottom up’ iaitu pergerakan duit dan prosesnya diuruskan oleh orang ramai, berada di poket-poket rakyat.

Rakyat diberi kebebasan untuk mengurus niaga kewangan tersebut, dan akhirnya akan disalurkan dalam bentuk zakat atau cukai kepada kerajaan sebagai income untuk golongan terpinggir.

Saham jatuh

(1) Antara yang perlu kita perhatikan ialah kejatuhan harga saham mana-mana syarikat sama ada Tabung Haji sendiri, atau korporat-korporat lain.

Harga saham sebahagian daripada Tabung Haji dikatakan menurun disebabkan oleh market. Market antaranya disebabkan isu-isu politik. Contohnya apabila tukar kerajaan akan wujud fenomena sebegitu.

(a) Antaranya dasar kerajaan yang tak jelas, kenyataan-kenyataan Menteri yang mengundang masalah, dan banyak lagi yang boleh menjadi faktornya.

(b) Contoh mudah, apabila kita isytihar syarikat kita ada masalah, sudah pasti tiada siapa yang akan ‘stay’ pada saham kita. Pasti akan cabut lari.

(2) Itulah gambaran yang terjadi apabila Menteri Agama mengisytiharkan Tabung Haji ada masalah, sedangkan kenyataan itu dibuat sebelum Bekas Pengerusi Tabung Haji dibuktikan bersalah.

Kenyataannya itu boleh menyebabkan saham-saham Tabung Haji jatuh. Atau dengan kata lain, merosakkan harga saham. Pelabur-pelabur ‘cabut lari’.

(3) Dengan kata lain, kenyataan-kenyataan Menteri boleh memberi kesan kepada kenaikan atau kejatuhan khususnya saham syarikat-syarikat milik kerajaan.

Sekadar contoh, nilai aset Tabung Haji pada 2017 merosot RM4.1 bilion. Pada 2018 apabila Bursa Malaysia jatuh teruk pasca PRU14 nilai aset TH lebih merosot iaitu RM10 billion.

Gambaran isu tanah TRX

(1) Antara yang jadi isu ialah tanah TRX milik Tabung Haji, yang dijual atas alasan rugi. Macam mana boleh kata TRX jatuh sedangkan ia adalah projek Property yang masih under construction?

(2) Antara contoh yang boleh kita gambarkan ialah kita mempunyai tanah seluas 1000 ekar. Kedudukannya di belakang tanah si fulan seluas 30 ekar yang bernilai dengan harga kadar RM8 sekaki.

(a) Tanah si fulan tadi adalah tanah semak samun yang tidak diusahakan. Maka, untuk menaikkan harga tanah kita seluas 1000 ekar itu, kita terpaksa korbankan modal untuk membeli tanah si fulan sekalipun dia menjualnya dengan harga RM10 sekaki.

Apabila membeli tanah tersebut lebih daripada nilainya, pasti menyebabkan kita rugi. Jadi, kita sanggup tanggung kerugian sementara tersebut, bagi menjana tanah 1000 ekar milik kita di belakangnya.

(b) Setelah membeli tanah si fulan tersebut, dan kita usahakan dengan membina parit, meratakan tanah, dan sebagainya, pasti tanah kita di belakang itu akan naik value-nya.

Jadi, apa yang kita faham ialah, kita terpaksa hadapi kerugian sementara waktu, bagi meraih keuntungan berlipat ganda di masa hadapan.

(2) Beginilah contoh sifir yang mudah difahami apabila ada Menteri mendakwa ini rugi, itu rugi. Sepatutnya kita tidak boleh menghukum kerugian sesuatu projek yang masih ‘under construction’.

Businessman dan politikus

(1) Antara gambaran umum yang boleh kita fahami dalam hubungan antara businessman dan politikus ialah, businessman menaja politikus untuk menang pilihan raya.

Lalu apabila sudah menang pilihan raya, politikus ini akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengundang kepada jatuhnya saham sepertimana yang saya nyatakan tadi.

Apabila saham sudah jatuh, maka businessman ini akan membeli saham-saham tersebut dengan harga yang rendah, manakala politikus tadi akan memberi alasan terpaksa jual kerana kerugian.

(2) Hal ini sekadar gambaran kemungkinan, yang perlu difikirkan bersama. Businessman akan untung kerana dapat beli saham dengan harga yang rendah.

Manakala politikus juga akan dapat habuannya kerana mengeluarkan kenyataan tadi. Apabila nak naikkan saham, maka politikus tadi akan mengeluarkan kenyataan baru.

Iaitu kenyataan yang mampu menarik pelabur-pelabur. Contohnya menerima anugerah itu dan ini, atau pujian-pujian yang disambut oleh media untuk dipropagandakan.

Maka saham yang turun tadi, akan naik semula dan pastinya akan mengayakan businessman tadi. Ini sekadar gambaran umum yang perlu difikirkan bersama. Politikus.

Sebab itu dalam Islam menyediakan sistem pelantikan kepimpinan dan syarat-syaratnya. Tidaklah terlalu terbuka sepertimana hari ini sehingga orang yang tak layak juga boleh jadi Menteri.

Power value VS commercial value

(1) Hadis yang saya utarakan di awal tadi menggambarkan bahawa Islam mengajar kita bahawa hartanah adalah ‘power value’ bukan ‘commercial value’.

Perlu sedar bahawa tanah atau hartanah adalah lambang kuasa. Bukan lambang kekayaan. Contoh yang perlu kita sedar apabila ada orang luar yang ingin membeli tanah kita.

(2) Orang tempatan ingin membeli tanah kita dengan harga RM20,000 sebagai contoh. Manakala orang Yahudi ingin membeli tanah kita dengan harga RM200,000.

(a) Jika kita fikirkan tanah itu adalah ‘power value’ sudah pasti kita tidak sanggup gadaikan tanah kita kepada orang Yahudi sekalipun ingin dibeli dengan harga yang tinggi.

(b) Tetapi jika kita fikirkan bahawa tanah itu adalah ‘commercial value’ maka kita lebih cenderung untuk jual kepada Yahudi bagi meraih untung yang berlipat kali ganda.

(3) Inilah gambaran yang perlu difahami dalam isu hartanah, dan mungkin berkaitan dengan Tabung Haji juga. Kerana apa yang terjadi pada Tabung Haji ialah aset yang berkaitan dengan hartanah.

(4) Bayangkan kalau tanah-tanah di Malaysia semakin banyak dibeli orang orang luar, aset-aset hartanahnya semakin banyak dijual kepada orang luar, maka di manakah orang Melayu ingin berpijak di Malaysia ini?

Kalau kita ada RM10 juta sekalipun, kalau tiada siapa yang ingin let go tanahnya kepada kita, kita tetap ‘merempat’. Itu kalau ada wang sebesar itu. Bagaimana pula kalau dalam poket hanya sekupang dua kerana disimpan dalam Tabung Haji?

*Rujukan tambahan boleh layari perkongsian Ustaz Zaharudin Muhammad, Pengarah Dokumen Hijau:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=292438651689250&id=446963998757901

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3012953585413048&id=100000953077134

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL- HARAKAHDAILY 21/2/2020

- Advertisement -