Kelantan perkenal Gagasan OKU Muqarrabun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Hari Kebajikan Negeri Kelantan 2020 (HKN 2020) pada 17 hingga 21 Mac ini sempena 30 tahun pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KekWa) Dato’ Mumaz Md Nawi berkata, program itu akan dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

- Advertisement -

Manakala penutup dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kumpulan sasar yang bakal dirai iaitu golongan OKU, anak-anak yatim, golongan miskin dan warga emas.

“Pada majlis itu kerajaan negeri akan memperkenalkan Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat serta Gagasan OKU Muqarrabun,” katanya selepas merasmikan program Big Hero di Balai Islam Lundang semalam.– HARAKAHDAILY 21/2/2020

- Advertisement -