IKTISAS lahir usahawan perantis Takaful

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang berminat dalam bidang keusahawanan dan takaful berpeluang mendalami segmen perniagaan berkenaan.

Ikhlas Tijarah Sinergi Associate PLT (IKTISAS) sedia berkongsi pengalaman bagi melahirkan calon usahawan dan perantis Takaful.

Jurucakap IKTISAS Abdul Shakur Sharrie berkata, agensi itu merupakan Agency Leadership Corporation milik bumiputera yang pertama di negara ini.

Katanya badan itu menggabungkan 11 pimpinan agensi dengan kombinasi pengalaman dalam industri Takaful.

- Advertisement -

“Tenaga usahawan Takaful lebih 800 orang di seluruh Malaysia. IKTISAS beroperasi di bawah naungan Takaful Ikhlas Family Bhd, anak syarikat di bawah kumpulan Permodalan Nasional Bhd,” katanya di sini.

Menurutnya juga IKTISAS dengan kerjasama Jawatankuasa Perindustrian Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kelantan akan menganjur program ‘Mega Tep’ berkaitan perantisan Takaful dan pengurusan kewangan keluarga bestari.

Seminar itu akan diadakan di Hotel Al-Ansar esok bermula jam 8.30 pagi.

Program terbabit dianjur bersama Dewan Usahawan Takaful Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE).

Abdul Shakur juga berkata, mereka yang layak dan mendaftar di akhir program sebagai calon usahawan perantis Takaful layak mendapat baucar bernilai RM150.

Maklumat lanjut boleh hubungi Abdul Shakur di talian 013 930 0009 atau Nana – 011 2564 7797 atau [email protected] – HARAKAHDAILY 21/2/2020

- Advertisement -