Sudahlah yatim piatu, pelarian pula…

- Advertisement -

TERDAPAT sekurang-kurangnya 21,000 anak yatim piatu, sebatang kara dalam kem pelarian di Kutupalong, Balukhali, Thankali dan Ukhiya. Ibu bapa dan keluarga mereka dibunuh oleh rejim Myanmar dan pelampau Rakhine – Genocide ke atas Muslim Rohingya di seluruh Arakan.

Mereka lari atau dibawa lari ke Bangladesh ketika masih kecil, bersama-sama penduduk sekampung, lalu menumpang di khemah saudara mara atau jiran kampung asal mereka di Arakan. Sejak menjadi pelarian pada Ogos – September 2017, sebahagian mereka telah mengenali kehidupan sebenar sebagai pelarian sebatang kara, sebahagiannya belum tahu apa-apa.

Sebahagiannya yatim, hanya ada ibu dan adik kakak, lahir dalam kem pelarian. Ketika bapa mereka dibunuh di Arakan, mereka masih di alam rahim ibu. Dunia yang mereka kenal hanyalah dunia pelarian.

- Advertisement -

Daripada jumlah seramai itu, CHA rakan kerjasama PASRelief telah mengambil 200 orang diletak di bawah jagaan mereka. Mereka mencadangkan PASRelief mengambil lagi 50 orang lagi sebagai program baru di kem pelarian terbesar di dunia itu. Setiap seorang anak yatim dibantu RM100 setiap bulan selama yang mungkin hingga mereka mampu berdikari.

Kerana sukarnya memilih, dan mengagihkan sumbangan di dalam kem di depan mata ribuan yang lain, maka sebahagian mereka dibawa ke penginapan kami di bandar oleh salah seorang relawan. Sebahagian yang lain akan dipilih dan agihan oleh CHA dengan kaedah yang sesuai.

Seluruh rakyat Malaysia boleh turut sama membantu mereka melalui Maybank- Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 atau PASRelief 5640 7061 2333.

Teruskan menderma, selamatkan saudara kita Muslim Rohingya.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi PASRelief
Dhaka, Bangladesh – HARAKAHDAILY 20/2/2020

- Advertisement -