Skuad Prihatin santuni asnaf di Parlimen Batu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia terus mendekati golongan asnaf di sekitar Parlimen Batu, di sini awal minggu ini.

- Advertisement -

Inisiatif bersama dengan kerjasama LKK Muslimat PAS Wilayah dan Kawasan Batu ini sebagai menzahirkan keprihatinan terhadap golongan tersebut, selain menyampaikan serahan zakat kepada mereka.

Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr Uyun Malek hadir untuk membuat serahan sumbangan sambil ditemani Timbalan Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din dan beberapa Ahli Jawatankuasa lain.

Serahan sumbangan telah diadakan di Surau At-Taqwa Sentul Utama bagi serahan zakat untuk asnaf dari PAS Cawangan Kampung Padang Balang.

Selain itu, Skuad Prihatin juga telah menziarahi rumah asnaf di Taman Sentul Utama dan seterusnya rumah penerima sumbangan di Flat Negeri Sembilan, Bandar Baru Sentul.

Dr Uyun berkata, aktiviti seperti ini bakal diteruskan ke seluruh Malaysia demi menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan dengan harapan ia juga akan mengukirkan senyuman kepada golongan tersebut.

Skuad Prihatin juga menyeru orang ramai agar turut sama menyumbang ke akaun Maybank DMPP (5640 2540 0711) dan diminta untuk Whatsapp slip sumbangan kepada Dr ‘Uyun di talian 019-357 7502. – HARAKAHDAILY 20/2/2020

- Advertisement -