MusMedik beri khidmat kesihatan lapangan

- Advertisement -

PEKAN: Muslimat Medical Team atau MusMedik turut meraikan program siri Jelajah 8 ADUN PAS Negeri Pahang ke Parlimen Pekan dengan mengadakan Karnival Kesihatan di Bandar DARA Chini, di sini awal minggu ini.

- Advertisement -

Program telah dirasmikan oleh ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya ini merupakan anjuran bersama Medik AMAL dan Klinik Ummu Roihan serta turut mendapat kerjasama daripada staf Klinik Kesihatan Chini dan juga ahli PAS Chini.

Program turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim ini, menyajikan beberapa pengisian yang menarik antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah dan kuiz.

Juga berlangsung adalah pelbagai gerai jualan dan pameran, malah kaunter pendaftaran pengundi turut dibuka.

Menurut Penaung MusMedik Pekan yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat Pekan, Dr Harison Md Amin, program seperti ini bukan sahaja mendekatkan pimpinan kepada masyarakat, malah turut memberi pendedahan kesedaran yang tinggi terhadap kesihatan.

Tambah beliau lagi, pengunjung begitu teruja dan responsif terhadap soalan kuiz yang telah diberikan disamping mereka turut menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Rohaya Nordin yang mana kumpulan sasarnya terdiri daripada remaja berumur 10 hingga 19 tahun disusuli pula ceramah oleh Dr Madihah Abu Qasim berkaitan penyakit yang tidak berjangkit iaitu Diabetis. – HARAKAHDAILY 20/2/2020

- Advertisement -