Anjur SUKMA promosi sukan patuh syariah

Zuraidin Abdullah merasmikan Pesta Sukan Kokurikulum di Maahad Muhammadi Perempuan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan membida penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi merancakkan lagi pembangunan sukan, di samping mempromosikan aktiviti sukan patuh syariah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Zuraidin Abdullah berkata, hasrat utama kerajaan negeri mempromosikan sukan secara patuh syariah.

- Advertisement -

Selain itu bagi membolehkan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan membina kemudahan sukan di Kelantan.

“Ini merupakan hasrat sebenar kerajaan Kelantan menawarkan diri untuk
menganjurkan temasya itu,” katanya pada pesta sukan kokurikulum di Maahad Muhammadi Perempuan di sini semalam.

Turut hadir Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) Zanaruddin Yaacob dan Pengetua MMP Ustaz Mohd Mansor Daud.

Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini tidak pernah diberi peluang menganjurkan Sukma sehingga sekarang.– HARAKAHDAILY 20/2/2020

- Advertisement -