MAT Balok Perdana lakar sejarah sendiri

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: PAS Cawangan Balok Perdana dalam Kawasan Indera Mahkota mencatat sejarah sendiri apabila melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-3 di cawangan ini, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Ianya menjadi majlis yang amat bermakna dan istimewa bagi ahli-ahli PAS Balok Perdana kerana MAT tersebut diadakan menjelang sambutan ulangtahun ke-4 penubuhan Cawangan tersebut iaitu pada keesokan harinya.

Setiausaha PAS Balok Perdana, Zamani Mustafa memberitahu bahawa seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Cawangan teruja melangsungkan MAT kali ini, sekali gus meningkatkan iltizam gerak kerja mereka.

“Walaupun Cawangan ini masih dianggap bayi dengan usia 4 tahun, namun pencapaian perkapita yang disyaratkan oleh PAS Indera Mahkota agar mengahlikan masyarakat setempat seramai minimum 2 ahli sebulan tercapai dengan penambahan 24 ahli baharu sepanjang tahun 2019,” maklumnya.

Ketua PAS Balok Perdana, Mohd Asri Mohd Nor pula berkata, walaupun diusia 4 tahun, Cawangan ini telah menggembleng tenaga antaranya berjaya menubuhjan PASTI Saidatina Aisyah yang mula beroperasi sejak Januari tahun lalu.

MAT kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Indera Mahkota, Tengku Zaidi Tengku Musa dengan simbolik memotong pulut kuning. – HARAKAHDAILY 19/2/2020

- Advertisement -