Assabiqun Wal Awalun memangkin Fathul Mekah, Assabiqun memangkin Fathul Putrajaya

- Advertisement -

PADA pelancaran Hari Assabiqun kawasan Indera Mahkota di Balok Pahang pada 16 Februari, saya mengingatkan lagi warga Sidang Assabiqun betapa sentiasa mengharapkan syafaat Allah moga-moga sekaliannya mendapat barakah dari wadah yang memakai nama kalimah al-Quran ayat 100 surah at-Taubah.

- Advertisement -

Allah mentakdirkan TG Haji Abdul Hadi Awang menamakan wadah mereka Assabiqun. Tidak diketahui ada kumpulan umat Islam sejak zaman Nabi dahulu memakai nama Assabiqun yang dirakamkan dalam al-Quran itu.

Kitalah sejak tiga tahun lalu bertuah dengan anugerah Allah itu bergerak dan beramal di bawah payung Sidang Assabiqun. Jasawan PAS yang berusia 55 tahun ke atas yang tidak aktif bergerak tentu bertuah layak menganggotai Sidang Assabiqun pada hari tuanya.

Syukur. Moga-moga bergerak di bawah kalimah mulia itu sekaliannya mendapat syafaat dari apa yang dijanjikan kepada warga Assabiqun al-Awalun yang bersama Nabi dahulu.

Mereka yang tergolong itu adalah yang mula-mula dan pertama berhijrah dan membantu Islam, terdiri dari para muhajirin dan Ansar, dan mereka yang menurut jejak mereka dengan iman dan taat.

Allah redha mereka dan mereka pun meredai Dia. Serta disediakan untuk mereka syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, itulah keuntungan yang besar.

Siapa mereka di period pertama dan awalun itu? Iaitu Khadijah, Abu Bakar Assidiq, Umar, Othman, Ali, Bilal dan lain-lain sahabat di Mekah. Mereka berhijrah bersama Rasul, yang dikenal sebagai Muhajirin. Di Madinah disambut pula oleh Golongan yang tinggal di sana kemudiannya dikenali sebagai Ansar.

Bukan sekadar mereka di zaman itu dijanjikan Alllah kekal di syurga, bahkan mereka yang mengikut jejak mereka. Tidak disebutkan mereka yang di zaman itu saja, tentunya termasuklah yang mengikut jejak mereka juga orang yang terkemudian seperti di zaman kita ini.

Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah mengikut jejak Assabiqun dahulu. Dan moga-moga kita yang dalam Sidang Assabiqun dapat mengikut jejak Muhajirin dan Ansar dan lain-lain, redha kita akan Allah dan diredhai pula kita olehNya, nescaya beroleh kita semua syafaatnya sebagai yang telah janji itu dan Allah memungkiri janji.

Kita mahu semua syafaat yang diperolehi oleh yang mula-mula bersama Islam dahulu. Kita mahu semua yang Muhajirin dan Ansar dapat dahulu, dan semua yang diberi kepada sekalian mengikut jejak mereka, moga antara mereka itu adalah Hassan al-Banna, Sayyid Qutub dan TG Nik Aziz.

Biarlah sekalian anggota Sidang Assabiqun dapat syafaat meredhai Allah dan diredhai pula oleh Allah. Biar kita dapat syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Allah janjikan mereka kekal di dalamnya, maka kita juga mahu kekal di dalamnya.

Semua syafaat iu Allah kata adalah keuntungan yang besar. Maka Sidang Assabiqun sekalian moga-moga beroleh semua keuntungan yang besar itu.

Maka apabila kita mahu semua yang Assabiqun dahulu perolehi, maka kita mohon Allah bagi semua syafaat itu.

Antara syafaat besar yang kita saksikan di dunia, ialah Assabiqun dahulu itu tidak lama selepas hijrah, berduyun-duyun berangkat ke Mekah, berjaya membebaskan Mekah, bukan menakluknya.

Apakah barakah itu boleh kita perolehi, memfathul Putrajaya setelah lima tahun kewujudan Sidang Assabiqun?

Banyak perkembangan baik lepas tiga tahun Sidang Assabiqun. PAS-Umno berbalah sebelumnya berdamai di bawah Muafakat Nasional seperti Aus dan Khazrah berdamai selepas hijrah.

Jika Assabiqun semasa Nabi membebaskan Mekah, maka syafaat Assabiqun itu kikis pula belenggu yang Melayu-Islam hadapi di Putrajaya.– HARAKAHDAILY 19/2/2020

- Advertisement -