Kesatuan ummah jadi agenda utama Nusantara

KUALA LUMPUR: Kehadiran rombongan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disambut baik bekas Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyyah, Prof Dr Muhammad Sirajuddin Syamsuddin dalam satu pertemuan di Indonesia hari ini.

Advertisement

Dalam kunjungan hormat itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut ditemani timbalannya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pertemuan kedua-dua pemimpin Islam Nusantara ini membawa perbincangan untuk merapatkan lagi persahabatan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, perjumpaan yang diadakan di ibu negara serantau, Jakarta itu turut membincangkan usaha mengukuhkan kerjasama demi memelihara kesatuan ummah dalam rumpun Nusantara.

Muhammadiyyah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang memiliki 50 juta pengikut di Indonesia.

Muhammad Sirajuddin Syamsuddin atau turut dikenali sebagai Din Syamsuddin merupakan Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyyah sejak 2005 hingga 2015. – HARAKAHDAILY 18/2/2020