Pecah, berbalah memang ‘makanan’ PAN

KOTA BHARU 29 JANUARI 2018. ( KBE201E ) Bendera parti Amanah mula berkibaran di sepanjanjg Jalan Kuala Krai di bandar Kota Bharu sebagai langkah memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke 14 oleh parti berkenaan. NSTP/ZAMAN HURI ISA
- Advertisement -

TULAR satu laporan saman oleh Speaker Dun Negeri Sembilan, Dato’ Zulkefly Mohamed Omar (Parti Amamah Nasional- PAN) ke atas empat defenden antaranya termasuk Adun PAN Lenggeng, Suhaimi Kassim.

- Advertisement -

Ia berikutan dakwaan fitnah yang dimuatnaik ke laman Facebook PH Hot Coffee. Namun, apa yang menarik perhatian pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9), saman antara pemimpin PAN dengan seorang lagi wakil rakyat PAN amat melucukan.

Zulkefly yang juga Naib Pengerusi 2 PAN Negeri Sembilan berkata, tindakan itu dibuat kerana pihak berkenaan telah menerbitkan artikel dan tulisan yang berunsur fitnah, mengaibkan dan berniat jahat terhadapnya selaku Speaker DUN Negeri Sembilan.

Walau apa pun hujahnya antara Zulkefly dan Suhaimi Kassim, rakyat dapat melihat bagaimana sikap sebenar dua pemimpin PAN yang lebih mengutamakan perbalahan berbanding melihat serius permasalah rakyat di Negeri Sembilan hari ini.

Rakyat berdepan situasi sukar, ada yang terpaksa mengikat perut demi survival keluarga, ada yang hilang pekerjaan akibat kilang tutup, ada anak- anak sekolah yang tidak mampu meneruskan pelajaran angkara kemiskinan. Tetapi di suatu sudut, pemimpin negeri ini berbalah hingga ke tahap saman menyaman, menggambarkan akhlak antara mereka.

Bagi kami, tidak ada untungnya perbalahan ini kerana akhirnya ia membungkam dendam antara satu sama lain, malah ia akan melibatkan kumpulan penyokong satu pihak dengan pihak lain. Apa hang jauh lebih penting mereka perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan menunaikan Manifesto PH yang telah dijanjikan.

Apa yang kami perhatikan, Manifesto PH masih lagi belum ditunaikan sebaiknya, namun pemimpin PAN yang menganggotai kerajaan Negeri Sembilan berbalah sesama sendiri.

Cukup-cukuplah berbalah umpama budak-budak, rakyat di luar sana muak dengan adegan kalian yang Hanya mementingkan jawatan dan pangkat berbanding khidmat untuk masyarakat

Dahulu kamulah yang memulakan pergaduhan semasa masih bersama kami, tetapi kini bila telah ada parti baharu yang kononnya lebih baik pada mata kamu, kamu masih berbalah kerana ‘sesuatu’. Sudah Cukup-cukuplah..

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

BADZLI BAKAR
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 17/2/2020

- Advertisement -