Muslimat PJ beri sumbangan untuk SRITI

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar mengadakan kutipan dana bagi pembangunan dan pengurusan SRITI telah turut dijayakan Dewan Muslimat PAS Kawasan Petaling Jaya.

- Advertisement -

Ketika Ziarah Ukhuwah rombongan seramai 35 anggota tersebut ke bangunan baru sewaan SRITI Kuala Kangsar, replika cek berjumlah RM8,000 telah diserah Ketua Muslimat PAS Petaling Jaya, Ustazah Aspalela Ashar.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Mujahiddin Musa sempena kunjungan rombongan tersebut yang turut menyampaikan bantuan kepada para asnaf penduduk Bandar DiRaja ini.

Ustazah Aspalela dalam ucapannya berharap usaha membantu SRITI Kuala Kangsar akan berterusan dan akan dipanjangkan kepada pihak-pihak lain yang sedia membantu meluaskan jariah tersebut.

Hadir sama meraikan rombongan itu pada majlis sumbangan khas tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Khomaini Zulkafli dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Kangsar, Ustazah Nabishah Muthalib.

Rombongan itu terdahulu telah melawat ke Kampung Bukit Lada, Sayong melihat usaha pembuatan labu sayong. – HARAKAHDAILY 15/2/2020

- Advertisement -