Mengembalikan kegemilangan dakwah Nusantara

- Advertisement -

KITA melonjak selangkah ke hadapan bagi menjulang tanggungjawab dakwah dan kali ini melalui Muktamar Dakwah Malaysia (MDM) menghimpunkan figura (daei) dan ngo-ngo dakwah nusantara.

- Advertisement -

Multaqa Dakwah Nusantara menjadi medium pertemuan dan perbincangan pencinta dakwah nusantara ini dengan satu komitmen yang sangat luar biasa.

Melibatkan figura dan ngo dari negara-negara rumpun nusantara seperti Malaysia (tuan rumah), Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja, Filipina, Vietnam dan lain-lain.

Membawa topik dan kertas perbincangan yang sangat menarik dan penting. Antaranya :

a) “Sejarah Kemasukan Islam ke Nusantara”. Sebagai Ucaptama oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. (Ahli Parlimen Marang)

b) “Membina Budaya Daei Nusantara” oleh Ustaz Mohamad Fadhlan Rabbany Garamatan ~ seorang pendakwah pendalaman Indonesia.

c) “Uslub Dakwah Dalam Kepelbagaian Etnik dan Budaya Nusantara” oleh Dr. Noordin Abdullah Dagorha (Timbalan Rektor Universiti Fatoni)

d) “Islamofobia – Ancaman dan Peluang” oleh Dr. Ann Wan Seng (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM)

e) “Sinergi Dakwah – Mengupaya dan Mensepadukan Agenda Dakwah” oleh YB. Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli Parlimen Kubang Kerian)

f) “Membudaya dan Memasyarakatkan Dakwah” oleh Shaik Hussin bin Shaik Yaacob (Pendakwah Singapura)“Sidang Meja Bulat” adalah kemuncak Multaqa Dakwah Nusantara yang membincangkan isu-isu Dakwah Nusantara, penyelesaian dan bagaimana menanganinya dengan berkesan.

Puri Pujangga UKM Bangi menjadi galeri pertemuan dan perbincangan Multaqa Dakwah Nusantara yang berlangsung pada hari ini dengan memuatkan 200 orang peserta.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua pihak yang menjayakan Multaqa ini, khasnya Ybhg Tuan Hj Hussin Ismail selaku Pengerusi Muktamar Dakwah Malaysia (MDM) dan Ybhg Ustaz Misbahul Munir Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat selaku Pengarah Multaqa Dakwah Nusantara.

Multaqa Dakwah Nusantara telah menggariskan objektif penting untuk dicapai:

i) Membina rangkaian dan memperkasa dakwah di alam melayu.

ii) Menyemai kesedaran dan kefahaman bahawa budaya Ud’uu (menyeru) adalah cara hidup muslim

iii) Memberi kefahaman dan komited kepada budaya baru pendekatan dakwah.

iv) Mengetahui sasaran dan platform yang tersedia untuk kerja-kerja dakwah

v) Faham mengenai peri pentingnya membina suasana dakwah dalam masyarakat

vi) Memberi kefahaman mengenai pendekatan dakwah yang tepat dan berkesan.

vii) Menyemai kesedaran bahawa seruan dakwah mesti sampai kepada setiap manusia.

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 25
21 Jamadil Akhir 1441 | 15 Feb 2020

NASRUDIN HASSAN – HARAKAHDAILY 15/2/2020

- Advertisement -