Presiden PAS akan rasmi Multaqa Dakwah Nusantara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muktamar Dakwah Malaysia dan gabungan NGO-NGO Dakwah Malaysia akan mengadakan Multaqa Dakwah Nusantara yang bakal dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Pengarahnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, Multaqa Dakwah itu akan diadakan pada esok Sabtu, 15 Februari, di Puri Pujangga Hotel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Dijangka lebih 200 peserta akan menyertainya iaitu tokoh-tokoh dakwah Nusantara; NGO Dakwah Malaysia; badan-badan Dakwah dari rantau Melayu iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapore, Cambodia, Philiphines, Viatnam, Laos, Timor Leste dan Papua New Guinea.

Antara pembentangan kertas kerja, Dato’ Seri Abdul Hadi iaitu ‘Sunnah Pengutusan Rasul dan Sejarah Kemasukan Islam ke Alam Melayu‘.

Mufti Kerajaan Baru Bangsa Moro, Mindanao, Ustaz Abu Hurairah akan membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Membina Budaya Daie Nusantara‘; manakala wakil Dewan Dakwah Indonesia, Dr M Siddek membawa judu ‘Uslub Dakwah Dalam Kepelbagaian Etnik dan Budaya Nusantara‘.

Dr Ann Wan Seng dari PERKIM bakal membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islamofobia – Ancaman dan Peluang Dakwah‘; Dr Ismail Lotfi dari Thailand bertajuk ‘Synergy Dakwah – Mengupaya dan Mensepadukan Agenda Dakwah‘ serta Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, ‘Membudaya dan Memasyarakatkan Dakwah‘.

Menurut Misbah, antara objektif Multaqa Dakwah diadakan untuk membina rangkaian dan memperkasakan dakwah di alam Melayu serta menyemai kesedaran dan kefahaman bahawa dakwah atau budaya Ud`uu adalah cara hidup Muslim.

Selain itu katanya, ia juga untuk memberi kefahaman dan komited kapada budaya baru pendekatan dakwah serta memahami sasaran dan platform yang tersedia untuk kerja-kerja dakwah di Negara dan masyarakat masing-masing.

Mereka yang berminat untuk menyertai Multaqa Dakwah Nusantara ini boleh hubungi Sekretariat Ustaz Fikri Hakim di talian 013-6367686 atau Syazwan 011-28420012. – HARAKAHDAILY 14/2/2020

- Advertisement -