Kristianisasi: Pendakyah berani ‘langgar’ perundangan

- Advertisement -

“TO REACH out to the Muslim population.”

Itulah kata-kata dari salah sebuah laman sesawang Missionary Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia. Kenapa mereka tetap nak berdakyah sedangkan mereka tahu Malaysia tidak membenarkan pendakyahan agama lain kepada Muslim di Malaysia?

Jawapannya mudah. Dalam buku “Vision 2020: A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020” halaman 103 ada jawapannya;

“Basically the church has a one and only mission:- to evangelize. That is the commandment of our Lord (Matthew 28:19)…. In an affluent, educated and multiracial society evangelisation is very difficult. But still we must obey the Commandment! The future, though looks tough, is in fact a golden opportunity to evangelize Malaysia.”

(Secara asasnya, gereja hanya memiliki satu misi iaitu: penginjilan! Itulah perintah Tuhan kita (Matius 28:19)… Di dalam masyarakat berbilang bangsa, berpendidikan dan serba mewah, penginjilan adalah sangat sukar. Namun kita mesti mematuhi perintah itu (penginjilan). Masa depan kelihatan sukar tetapi hakikatnya ianya adakah masa keemasan untuk menginjilkan Malaysia.)

Kristian sanggup menghadapi onak dan duri walaupun berdepan tindakan undang-undang tetapi bagaimana pula dengan kita sebagai Muslim?

Mereka tidak akan berhenti tetapi apakah majoriti Muslim masih lena dan tertidur di zon selesa sehingga ‘rumahnya terbakar’ sekalipun dia masih belum mahu berdakwah atau menyumbang kepada usaha dakwah?

Mereka tetap akan mara tetapi apakah Muslim cukup dengan marah tanpa mara ke depan berdakwah? Ayuh…

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 14/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -

- Advertisement -