Rakusnya mereka

- Advertisement -

TIADA pemimpin dan parti politik yang sempurna. Namun meletakkan harapan kepada DAP (42 kerusi) untuk membawa perubahan kepada negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan dan bangsa Melayu serta Bumiputera sebagai rakyat majoriti adalah satu kesilapan yang besar.

Para pemimpin DAP dicanang sebagai adil dan bersih dari rasuah ternyata meleset jauh;

(1) Ada MP dan ADUN yang terlibat menyokong kumpulan militan LTTE (Melaka, NS dan PP).

(2) Ada MP yang mendakwa bahawa datuknya, pejuang Komunis adalah pejuang kemerdekaan (NKM – Perak).

(3) Ada MP yang mendakwa bahawa Melayu adalah pendatang (YB Kulasegaran).

(4) Ada Exco DAP yang didakwa merogol pembantu rumahnya (Perak).

(5) Ada MP yang dituduh terlibat rasuah tetapi kes diketepikan oleh AG (PP).

(6) Ada YB yang memiliki 2 kerakyatan, Malaysia dan Australia (YB Sarawak).

(7) Ada taikun DAP yang ditangkap PDRM kerana terlibat dengan pengedaran dadah (PP).

(8) Ada YB Melayu DAP yang memperjuangkan tanah kekal (999 tahun) untuk kampung baru Cina (Perak).

(9) Ada taikun DAP yang menghina ATM (Perak).

(10) Ada MP DAP agar hak untuk murtad dilaksanakan di Malaysia dan perjuangkan ICERD (MP Batu).

Ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi contoh kejadian dan tragedi. Bolehkah anda membangunkan Malaysia baharu yang adil bersama pemimpin parti politik kiasu dan Cauvinis serta anti nasional?

Apatah lagi dengan masa depan Melayu dan Islam dengan dominasi politik yang begitu berat sebelah kepada DAP. Saya yakin bahawa Malaysia akan lebih aman tanpa DAP.

Orang Melayu, umat Islam, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta seluruh rakyat Malaysia yang patriotik tidak harus dipermainkan oleh politik licik puak kiasu yang Cauvinis ini.

DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN – HARAKAHDAILY 13/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -