Guan Eng fobia dengan Muafakat Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sikap ‘double standard‘ dan dendam kesumat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke atas Kelantan yang diperintah PAS jelas kelihatan.

- Advertisement -

Ia berikutan tuduhan ‘sekiranya sebuah kerajaan yang memusuhi bukan-Islam memerintah Malaysia, negara ini akan mundur kebelakang’.

Menurut Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim, sikap Guan Eng terhadap PAS ketika bersama dalam Pakatan Rakyat amat berbeza apabila sebelum ini memuji rekod sifar rasuah Kelantan.

Namun tambahnya, setelah dua tahun DAP bersama PH, Guan Eng dilihat menyerang PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dengan memainkan isu-isu yang tidak sepatutnya seperti hutang Kerajaan Kelantan.

Mengulas mengenai status Kelantan yang didakwa tidak maju, Awang berkata, sepanjang 30 tahun PAS memerintah Kelantan, PAS secara perlahan-lahan membangunkan negeri itu.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan tidak menolak kemajuan dan bertambah maju berbanding Kerajaan Malaysia hari ini yang semakin hari memberi rekod buruk terhadap perkembangan ekonomi Malaysia.

“Kita lihat ekonomi (negara) semakin teruk sekarang ini selepas PH memerintah, sehingga terpaksa diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa pertumbuhan ekonomi menurun daripada 4.9 peratus kepada 4.5 peratus.

“Mana kata Malaysia ini Menteri Kewangan dia seorang yang hebat? Bahkan, ekonomi negara berada di dalam keadaan yang semakin merisaukan dan semakin teruk,” bidasnya.

Tempelak Awang lagi, sikap Guan Eng jelas menggambarkan sifat anti kepada Islam dan orang Melayu di Malaysia, malah, Menteri Kewangan itulah yang menggelapkan ekonomi dan perpaduan kaum di Malaysia.

Justeru itu ujarnya, jika serangan Guan Eng terhadap PAS adalah disebabkan emosi dan kerana PAS menentang DAP, maka itu adalah ‘double standard‘ dan juga sifat tidak konsisten dalam berpandangan secara menyeluruh.

Malah, beliau melihat bahawa serangan Guan Eng terhadap PAS terutamanya Kelantan merupakan satu fobia Muafakat Nasional antara PAS dan Umno.

Katanya, kemungkinan ini memberi satu kesan yang besar atau gambaran ngeri kepada beliau bahawa PH yang didominasi DAP ini hanya akan bertahan satu penggal ataupun kurang daripada satu penggal.

“Ini yang menyebabkan Lim Guan Eng menyerang PAS habis-habisan terutamanya negeri Kelantan untuk menimbulkan rasa kebencian dan rasa tidak yakin kepada gabuangan Muafakat Nasional diantara PAS dan juga Umno ini,” ujarnya lagi.

Ahli Parlimen Bagan itu sebelum ini dilaporkan telah mendakwa sekiranya kerajaan yang memusuhi bukan-Islam memerintah Malaysia, ia akan memberi ancaman secara terbuka kepada orang bukan-Islam.

Malah, beliau turut mendakwa negara akan ditarik ke Zaman Gelap sekiranya penubuhan sebuah kerajaan yang memusuhi minoriti bukan Islam menjadi kenyataan.

Sementara itu, tambah Awang lagi, gabungan Muafakat Nasional akan lebih baik dari Pakatan Harapan memandangkan semua bangsa dan agama terjamin kehidupan sosialnya berbanding ketika pemenrintahan PH yang di dominasi oleh DAP.

Bahkan menurutnya, rakyat sendiri melihat DAP telah menimbulkan kerapuhan perpaduan serta mendiskriminasi penduduk Islam Melayu dan Bumiputera negara ini.

Justeru itu, disimpulkannya bahawa DAP langsung tidak menghormati keluhuran Perlembagaan dan undang-undang negara apabila banyak pemimpin DAP terlibat dengan salah laku, seperti EXCO DAP dari Perak, manakala di Melaka terlibat dengan sokongan terhadap pengganas. – HARAKAHDAILY 12/2/2020

- Advertisement -