Guan Eng digesa henti budaya politik ‘mamurangit’

- Advertisement -

DEWAN Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Sabah menyelar cara berpolitik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sentiasa menimbulkan prasangka jahat terhadap pihak lain.

- Advertisement -

Budaya politik seumpama ini sangat bahaya dan dalam bahasa suku kaum Rungus dipanggil ‘mamurangit’. Maksudnya sama juga dengan fitnah atau hasutan. Sikap seumpama ini adalah budaya politik zaman dulu. Sekarang ahli politik sepatutnya lebih matang dan rasional.

Saya melihat pimpinan DAP khususnya Guan Eng sudah menjadi biasa dengan politik ‘mamurangit’ ini dan sehinggakan dia langsung tidak rasa kenyataan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan konflik kaum.

Saya juga beranggapan Guan Eng dalam keadaan takut hilang kuasa sehinggakan apa yang diungkapkan dalam percakapan beliau jadi tidak menentu.

Sepatutnya Guan Eng menggunakan tampuk kuasa yang dipegang sekarang sebaiknya. Bantu rakyat. Bangunkan negara. Fikirkan bagaimana untuk turunkan harga barang dan tingkatkan tahap sosioekonomi rakyat.

Sudah-sudahlah dengan politik fitnah dan hasutan kerana ia hanya menyebabkan rakyat berpecah belah dan mundur ke belakang.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah
12 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 12/2/2020

- Advertisement -