Terjaminkah Islam di bawah Pakatan Harapan?

- Advertisement -

BEBERAPA kali pemimpin DAP, sama ada secara sendiri atau melalui Pakatan Harapan, mendakwa mereka mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

- Advertisement -

Bagaimanapun, jika diteliti dengan cermat frasa “mengiktiraf Islam adalah agama bagi Persekutuan” langsung tidak ada di dalam Perlembagaan DAP.

Sebaliknya, apa yang ada di dalam bahagian tujuan pada Perlembagaan DAP hanyalah frasa “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi” sahaja.

Maksudnya ialah DAP mengikut perlembagaannya hanyalah bertujuan memperjuangkan kebebasan beragama tetapi bukan memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Malah Lim Kit Siang selaku Setiausaha Agung DAP pernah menyebut jelas perkara ini dalam ucapannya di Meng Seng Charitable Association, Melaka, pada 23 September 1985.

Kata Lim Kit Siang, “Perlembagaan Malaysia tidak pernah menjadikan Islam agama rasmi dan agama negara sepertimana Bahasa Melayu diisytihar bahasa rasmi dan bahasa negara.”

Bagaimana Lim Kit Siang boleh menimbulkan keraguan ke atas kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan agama negara sedangkan ia wujud dalam perlembagaan?

Sehingga sekarang rekod ucapan Lim Kit Siang ini masih wujud dalam laman web dia sendiri dan sehingga sekarang Lim Kit Siang tidak pernah menafikan dia ada berkata begitu.

Jika DAP berkuasa sepenuhnya, apa yang akan terjadi kepada kedudukan Islam di Malaysia?

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 11/2/2020

- Advertisement -