Lucut kerakyatan bekas ADUN DAP Pujut

Pengajaran miliki dua kewarganegaraan

- Advertisement -

PAS Sarawak tanpa prejudis menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di mana badan perundangan negeri Sarawak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut. Keputusan ini harus diingat bahawa orang yang tinggal di Sarawak harus mematuhi undang-undang dan tidak bermain dengan hak kewarganegaraan mereka.

PAS Sarawak menggesa agar dia dilucutkan kewarganegaraan mengikut peruntukannya (1) Perkara 24. Pemecatan kewarganegaraan untuk mendapatkan atau menggunakan kewarganegaraan asing, dan sebagainya. Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

PAS berpendapat ini satu penipuan kepada rakyat Sarawak. DAP jelas tidak bertanggungjawab dengan menipu rakyat di DUN Pujut terutamanya apabila menyembunyikan kerakyatan 2 negara ADUN mereka. PAS mendesak juga Kerajaan Negeri untuk menilai kedudukan semua elaun dan peruntukan yang telah diambil oleh ADUN DAP ini selama tempoh beliau mejadi ADUN.

PAS Sarawak juga menyeru pihak berkuasa untuk mengkaji semula mana-mana wakil rakyat di negara ini yang mempunyai dua kewarganegaraan atau kerakyatan supaya mereka boleh mengambil tindakan.

Semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana wakil rakyat yang memiliki dua kewarganegaraan itu boleh menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 11/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -