Kau buta?

- Advertisement -

KAU kata negeri kami di zaman gelap
Negeri engkau zaman emaskah?
Kasihan engkau, masih belum sedar
Bahawa pemandu mabuk menjadi raja

- Advertisement -

Di negeri kami yang gelap,
Tiada kakitangan PBT dirempuh pemandu mabuk,
Negeri engkau yang emas, kakitangan MBPP mati
Dirempuh pemandu dipercayai mabuk
25 Oktober 2019

Di negeri kami yang gelap,
Kami tidak membaca pemandu motosikal
Diheret si mabuk 1 kilometer
Seperti di negeri emas engkau
6 Januari 2020

Di negeri kami yang gelap
Tidak kedengaran wanita tidak bersalah
Dan penunggang motosikal mencari rezeki
Cedera parah akibat si mabuk
Seperti negeri emas engkau
25 Januari 2020

Dan semalam,
Sewaktu lidah jahat engkau berkata-kata
Bahawa negeri kami negeri gelap
Di negeri emas engkau, suami maut isteri parah
Akibat pemandu mabuk
10 Februari 2020

Itu baru tentang mabuk, baru cerita sehari dua ini,
Belum lagi cerita taukeh dadah menjadi raja,
Belum lagi cerita EXCO samseng
Belum lagi cerita EXCO dan amah
Belum lagi cerita ekonomi merudum
Belum lagi cerita banglo Ketua Menteri
Belum lagi cerita engkau berbalah di dalam selimut

Kau kata kami negeri gelap?
Engkau buta? Atau gila?

Aku Yang Tidak Mabuk,
Pasir Mas – HARAKAHDAILY 11/02/2020

- Advertisement -