Tahukah anda

- Advertisement -

TAHUKAH anda yang saiz tanah lapang Drawbridge sebelah Seberang Takir itu berkeluasan 7-8 buah padang bola. Dari pentas sehingga tapak jualan, tidak termasuk kawasan parkir menghadap Laut Cina Selatan? Jadi anda boleh buat kiraan kasar kehadiran pada malam itu.

Tahukah anda bahawa pernah ada himpunan ceramah yang lebih ramai daripada himpunan ini tetapi di tempat yang lebih kecil sebelum ini di Terengganu? Dikatakan lebih seratus ribu orang kehadiran iaitu di Manir, sebelum PRU 1999 dengan menampilkan TG Presiden PAS, almarhum Dato’ Dr Haron Din, Ustaz Ismail Kamus, Datuk Dr Hassan Ali. Kesesakan yang menyebabkan penceramah terpaksa dibawa ke pentas menggunakan motosikal.

Tahukah anda yang ceramah ini bukanlah pertama kali hadirin di Terengganu tidak bergerak walaupun hujan lebat.

Tahukah anda, menjadi kebiasaan kepada sebahagian pendengar datang dengan membawa bekal beberapa ringgit, gelang atau cincin semata-mata untuk menderma kepada ‘tin Milo’ kerana percaya kepada balasan Allah.

Tahukah anda yang ramai di kalangan yang hadir membawa keluarga bersama sebagai didikan untuk menyukai program-program keagamaan ini.

Tahukah anda bahawa ada petugas yang segera mengutip sampah, mengemaskan tempat ceramah selepas selesai majlis. Ada yang terkadang tidur di tapak dahulu sebelum pulang kerana sudah terlalu lewat dan penat.

Tahukah anda hampir kesemua petugas-petugas ini tidak dibayar gaji kerana yakin Allah lah yang akan membayar kepada mereka di akhirat nanti.

Tahukah anda, majoriti petugas-petugas ini tidak memikirkan berkenaan makanan yang sedap-sedap, cukup sekadar alas perut bagi menjalankan tugasan mereka. Dan kadang kala sehingga lewat malam baru berpeluang menjamah makanan.

Tahukah anda mereka semua ini tidak pernah serik datang mendengar, menderma, berkhidmat dan tetap akan datang kembali memeriahkan atau membantu program keagamaan ini walaupun jika ada masalah, mereka segera melupakannya.

Tahukah anda yang semua kesungguhan dan semangat ini hanya ada dalam diri ahli PAS. Ya hampir semua hadirin, petugas-petugas yang melicinkan urusan program itu adalah daripada PAS yang mana mereka sekarang ini berkerjasama membantu Kerajaan Negeri terutama dalam program keagamaan. Terima kasih kepada semua petugas-petugas yang terlibat.

Tahukah anda yang Wan Azizah pandai masak bingka ubi? Kak Wan pernah berjanji akan berkongsi resepi bingka ubinya jika calon PAN menang dalam PRK di Sungai Besar ketika itu. Walaupun kalah, beliau tetap berkongsi cara memasak bingka ubi kepada rakyat. Sebab itu Kak Wan cukup marah kalau ada orang mungkir janji. Lagikan janji kongsi resepi bingka ubi pun Kak Wan pegang teguh, apa lagi janji-janji besar yang lain… kan?

MOHD NASIR ABDULLAH
10 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 10/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -