Permainan licik Israel terhadap Sudan

- Advertisement -

SUDAN era krisis

(1) Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel mengenai normalisasi terhadap Israel yang semakin menyubur di akhir akhir ini [1] Apatah lagi menjelang 2020 yang dikhabarkan sebagai pelan membina Israel Raya. [2]

Sebelum ini juga saya ada menulis beberapa artikel mengenai krisis Sudan [3]. Menggambarkan Sudan yang sedang bergolak, sebelum dan selepas penggulingan Omar Basyer.

(2) Omar Basyer yang memerintah Sudan selama ini dipotretkan oleh Barat sebagai pemerintah kuku besi, hanya semata mata dengan alasan bodoh seperti kenaikan harga roti. [7]

Ketika mana era penggulingannya, muncul kebangkitan Feminisme yang menggunakan ikon Alaa Salah, divideokan, dipotretkan dan dikartunkan. [4]

(3) Amerika selama ini agak sukar untuk mengacau Sudan. Omar Baser dianggap ‘pengacau’. Namun setelah beberapa bulan penggulingan, adakah Sudan menjadi lebih bagus?

(a) Kerajaan peralihan Sudan mengambil pendekatan bermesra dengan golongan wanita dan meraikan usaha mereka yang menuntut hak feminisme. [5] [6]

(b) Rakyat Sudan yang dipermainkan dan disentimenkan sejak akhir 2018, hingga hari ini, perlu sedar bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan pelan Israel yang sebenar.

Apa yang boleh saya simpulkan, bahawa Sudan sejak proses penggulingan Omar Basyer hingga kini, sedang berjalan di atas papan catur Israel.

Strategi normalisasi

(1) Semasa penggulingan Omar Basyer, mereka memberontak inginkan kebebasan daripada Presiden Sudan itu. Hakikatnya mereka di control oleh ‘tangan ghaib’ di belakang revolusi tersebut.

Rupa rupanya hari ini baru tersedar bahawa laungan kebebasan itu rupa rupanya membawa kepada kepentingan politik Israel atau Amerika.

(2) Maka, kita sewajarnya berhati hati dengan laungan ‘kebebasan’, kerana boleh jadi ia adalah agenda Israel atau Amerika untuk merungkaikan ikatan agama terhadap negara Islam.

(3) Kepentingan Amerika atau Israel yang saya maksudkan, ialah hubungan normalisasi yang sangat subur pada hari ini. Beberapa negara Arab sudah pun mengadakan hubungan normalisasi ini. [1]

Secara kasarnya, normalisasi terhadap Israel ini berpunca daripada beberapa perkara;

(a) Dimomokkan dengan ‘Regime Change’. Pemerintah negara akan diugut untuk berbaik dengan Israel sekiranya tidak, pemerintah ini akan digulingkan.

(b) Dihidangkan dengan tawaran kekayaan dan tawaran keamanan. Iaitu sekiranya berkeras dengan Israel, maka negara itu akan dihuru harakan dengan ‘game’ mereka.

(c) Tekanan politik, terhadap isu isu lama. Sekiranya tidak bermesra dengan Israel, negara itu akan diungkit dengan jenayah jenayah lama untuk dibicarakan

(d) Negara negara yang sudah sedia bersama Israel akibat kepentingan kepentingan bersama yang mengkayakan kedua dua pihak antara Israel dan negara tersebut.

Sudan ‘terkena’

(1) Apa yang terjadi pada Sudan hari ini, ialah berhadapan dengan ugutan ugutan daripada Israel. Apatah lagi Sudan memang terkenal dengan longgokan hutang akibat ‘debt trap’ sejak sekian lama. [3]

Walaupun sejak sekian lama Sudan dikuasai oleh Omar Basyer, namun ketika proses penggulingan beliau, beliau dinasihatkan supaya mengadakan hubungan normalisasi dengan Israel pada Januari 2019. [7]

(2) Sebelum itu, pada November 2018, media Israel, KAN mendakwa bahawa Netanyahu akan ke negara tersebut. Hal ini dinafikan oleh Sudan kerana Sudan tiada apa apa hubungan dengan Israel [8]

Hal ini ditegaskan oleh pimpinan National Congress Party, Abdel Sakhi Abbas. Antara yang ditegaskan oleh beliau; [8]

“Israel occupies an Arab and Muslim state, desecrates the religious sites and prevents the performance of religious rites”

Katanya lagi “When Israel stops its aggressive policy towards the Palestinians, then there will be relations with it”.

(3) Tak lama kemudian, pada 28 November 2018, Channel 10 media Israel ‘mengkantoikan’ pertemuan rahsia antara Sudan dan Israel pada 2017 bertempat di Turki. [9]

Mesyuarat itu difahamkan antara duta Kementerian Luar Israel dan satu rombongan wakil kanan dari Sudan, antaranya Mohamed Atta.

Menurut sumber itu, kedua-dua pihak membincangkan mengenai ‘warming of relations’ antara kedua duanya dan kemungkinan bantuan Israel ke Sudan dalam bidang perubatan, pertanian dan ekonomi. [10]

Mencatur konflik

(1) Pada 6 Februari 2020, Middle East Monitor melaporkan kenyataan Jurucakap Parti Komunis Sudan, Fathi El-Fadl, bahawa normalisasi hubungan antara Sudan dan Israel bermula pada era penggulingan Presiden Omar Al-Bashir lagi. [11]

Kenyataan beliau berikutan pertemuan Netanyahu secara rasmi bersama pimpinan Sudan, Abdel Fattah al Burhan bertempat di Uganda beberapa hari sebelum itu. [12]

(2) Abdel Fattah al Burhan merupakan watak utama dalam penggulingan Omar Basyer yang agak tegas terhadap Israel sebelum ini, sepertimana yang diceritakan tadi.

Media-media Barat melaporkan bahawa pertemuan antara Netanyahu dan Abdel Fattah itu ke arah menormalkan hubungan Sudan dengan Israel.

(3) Hari ini bukanlah kita begitu semangat waja untuk membincangkan Sudan sudah normalisasi atau belum. Akan tetapi kita perlu tahu permainan dam tekanan Israel terhadap Sudan.

Tekanan inilah yang dilihat ‘memaksa’ Sudan untuk normalisasi dengan Israel. Sudahlah Sudan baru melepasi era permainan ‘Regime Change’, jadi Abdel Fattah seolah olah terpaksa ikut kehendak Israel, mungkin bertujuan menjaga kekuasaannya.

(4) Perlu ingat kembali, pada 1993, Sudan telah diisytiharkan oleh Amerika sebagai negara yang menaja keganasan, sebagai modal untuk masuk campur politik Sudan era Omar Basyer ketika itu.

Antara modalnya ialah Kedutaan Amerika di Dar Salam dan Nairobi (Kenya) dibom pada Ogos 1998. Dikatakan dalangnya adalah Osama Ben Laden. [13]

Amerika mendakwa bahawa serangan itu diarahkan oleh Osama, ketika beliau berada di Sudan. Lalu Sudan pun diserang atas tuduhan bodoh itu.

Normalisasi yang menjadi

(1) Dakwaan terhadap penglibatan Sudan dalam pengeboman pada 1998 tadi menyebabkan Amerika menuntut ganti rugi sebanyak USD 10.9 Billion.

Di sini kita perlu faham bagaimana Amerika ‘bekerja’ untuk menimbulkan propaganda, dengan menggunakan nama al Qaeda. Alasan ini dijadikan modal untuk menekan Sudan.

(2) Namun, Netanyahu dalam pertemuan dengan Abdel Fattah baru baru ini menyatakan bahawa beliau boleh ‘memujuk’ Amerika untuk menilai semula tuduhan tajaan keganasan terhadap Sudan itu. [13]

(3) Normalisasi Sudan-Israel ini atas nama ‘memperbaiki hubungan diplomatik’. Sudah pastinya mendapat kecaman daripada negara negara yang anti Israel.

(a) Antaranya ialah Palestin sendiri, yang mengecam pendirian baru Sudan itu [14]. Di saat Palestin bergelut dengan Deal Of The Century, Sudan boleh beralih angin.

(b) Palestin menyifatkan hubungan normalisasi itu ibarat ‘menikam dari belakang’. Houti di Yaman juga dikhabarkan mengecam pendirian Sudan itu. [15]

(4) Sebab itulah dari awal lagi saya sudah ceritakan permainan Barat bagi meraih hubungan normalisasi dengan negara-negara Islam.

Tidak mustahil, apabila hubungan ini dibina, Sudan yang majoritinya orang Islam, bakal diheret masuk ke dalam Blok Amerika atau Israel untuk menjayakan kepentingan kepentingan mereka selepas ini.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3033312553377151&id=100000953077134

[2] https://www.google.com/amp/s/www.globalresearch.ca/greater-israel-the-zionist-plan-for-the-middle-east/5324815/amp

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3098324600209279&id=100000953077134

[4] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3267020153339722&id=100000953077134

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3226318554076549&id=100000953077134

[6] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3165817996793272&id=100000953077134

[7] https://www.middleeastmonitor.com/20190104-bashir-i-was-advised-normalising-relations-with-israel-will-stabilise-sudan/

[8] https://www.middleeastmonitor.com/20181127-sudan-denies-claims-netanyahu-to-visit-khartoum/

[9] https://www.middleeastmonitor.com/20181128-israel-sudan-held-secret-meeting-a-year-ago-to-discuss-relations/

[10] https://www.timesofisrael.com/israeli-envoy-said-to-meet-with-sudan-officials-offer-aid-in-bid-to-renew-ties/

[11] https://www.middleeastmonitor.com/20200206-sudans-communist-party-normalising-ties-with-israel-started-during-bashirs-era/

[12] https://www.middleeastmonitor.com/20200203-israel-and-sudan-will-push-to-normalise-relations/

[13] https://www.aljazeera.com/indepth/opinion/talk-sudan-israel-normalisation-200205145823074.html

[14] http://m.voa-islam.com/news/world-news/2020/02/04/69598/palestina-kecam-sudan-sebut-pertemuan-alburhan-dengan-netanyahu-menikam-dari-belakang/

[15] https://parstoday.com/id/news/middle_east-i78278-al_houthi_kecam_upaya_normalisasi_dengan_israel

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -