PAS terus fokus kukuhkan Muafakat Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS tekad akan terus berusaha dan memberi fokus untuk mengukuhkan Muafakat Nasional antara PAS dan Umno, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Beliau ditemui media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan PAS di Pejabat Agung PAS, yang disertai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri-negeri di sini, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, PAS akan bersama Umno untuk membuat sebarang keputusan berhubung Muafakat Nasional.

Terangnya, PAS berpendirian akan terus kekal bersama Umno dalam perbincangan memperkasakan Muafakat Nasional termasuk persiapan menghadapi PRU15.

Selain itu, Mufakat Nasional jelasnya, akan turut diperkasakan di peringkat negeri dan Parlimen dengan persetujuan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama antara PAS dan Umno di peringkat akar umbi.

“Sehubungan dengan itu, pendirian parti adalah, apa-apa perbincangan di luar, daripada kedua-dua parti mesti dilihat dalam muafakat bersama.

“PAS akan bersama dengan Umno walau apa jua keputusan dan bagi kita, mempekasakan agenda Muafakat Nasional ini menjadi keutamaan bagi parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan selepas selesai menghadiri mesyuarakat sama bersama Presiden PAS.

Untuk rekod, Mesyuarakat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional akan diadakan pada 10 Febuari jam 8 malam di PWTC. – HARAKAHDAILY 8/2/2020

- Advertisement -