USM pelbagai kaedah perubatan kanser

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempelbagai kaedah perubatan yang boleh membantu bagi menangani penyakit kanser yang semakin membimbangkan.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim berkata, usaha itu tidak hanya melibatkan aspek perubatan yang membabitkan kos tinggi, malah tahap kesedaran pesakit.

Katanya banyak langkah yang perlu dibuat antaranya kempen menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan larian ‘cancer survival’ yang mampu membantu mereka bebas daripada penyakit.

“Ia tidak melibatkan pesakit kanser sahaja, sebaliknya keluarga dan pelajar sekolah juga turut diberi kesedaran, melakukan aktiviti seminggu sekali,” katanya selepas perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia 2020 peringkat HUSM di Kampus Kesihatan USM di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Dr Wan Fatihah Binti Wan Sohaimi dan Pengerusi East Coast Oncology Society Dr Ahmad Lutfi Yusoff. – HARAKAHDAILY 7/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -