Mujahid wajar tegas tangani isu transgender

- Advertisement -

TINDAKAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Dr Mujahid Yusof dalam menangani isu trangender berpakaian perempuan di Tanah Suci menzahirkan kerajaan tidak benar-benar serius mendepani isu ini.

- Advertisement -

Hal ini kerana, beliau hanya mengeluarkan kenyataan kesal dan melepaskan kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat keputusan bagi menyekat media sosial trangender tersebut. Sedangkan kelakuannya bukan sahaja memalukan negara malah ia turut boleh mengundang bala Allah.

Lebih menyedihkan lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) yang dilihat membela perbuatan tersebut seakan-akan dasar kebebasan hak asasi melangkaui hukum agama dalam soal kebebasan.

Oleh itu, ketegasan Menteri amat diperlukan dalam menyelesaikan isu transgender bukan hanya mengeluarkan kenyataan kesal semata-mata.

Jelas sekali, agama Islam bukan sahaja melarang perbuatan menukar jantina malah menunaikan umrah tidak mengikut jantina asal juga haram disisi agama. Masyarakat diingatkan supaya melaksanakan ibadah sama Umrah mahupun Haji dengan mengikuti hukum hakam yang telah digariskan bukan berlandaskan hak kebebasan individu semata-mata.

Justeru, saya menggesa agar kerajaan tidak sesekali tunduk dengan permintaan NGO tersebut dan segera mencari solusi yang lebih tegas terhadap penghinaan ini agar perbuatan ini tidak berulang lagi pada masa hadapan sekaligus mampu mendidik masyarakat menghormati hukum hakam agama.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 7/2/2020

- Advertisement -