Peguam Nizar tolak cek Razman kali kedua

- Advertisement -

IPOH: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria, melalui Pegawai Khidmat ADUN Gunung Semanggol, Abu Bakar Rahmat mengesahkan cek bayaran kali keduanya ditolak oleh pejabat peguam berpihak kepada Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

- Advertisement -

Jelasnya, cek tersebut adalah bayaran pampasan untuk menyelesaikan saman Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak itu sebanyak RM 254,150, namun ditolak kerana didakwa penama bagi penerima adalah salah.

“Pada hari lalu, cek tersebut ditolak kerana ianya ditulis secara tarikh bertangguh, sedangkan sepatutnya ia tidak menjadi masalah pun. Hari ini, saya diminta lagi oleh YB Razman untuk mengirimkan cek baru menggunakan tarikh yang sama pada hari tarikh dihantar.

“Namun, cek tersebut sekali lagi ditolak dengan alasan nama penerima pula tidak betul. Sedangkan nama tersebut yang dinyatakan pada surat berujukan ABA/MFA/Bm/27474, iaitu ‘Awi & Co Advocates & Solicitors (Clients Account). Jelas ia tidak masuk akal,” ujarnya.

Terdahulu, Razman menghantar wakil dengan sekeping cek bernilai RM254,150 kepada peguam Mohammad Nizar iaitu Mohd Fitri Asmuni, tetapi cek tersebut ditolak kerana berstatus cek tertangguh bertarikh 10 Februari dan bukan cek semasa.

Serahan kedua-dua cek bayaran saman tersebut diwakili oleh Pegawai Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol, Abu Bakar Rahmat ke pejabat peguam Tetuan Awi & Co iaitu peguam berpihak kepada Dato’ Seri Nizar. – HARAKAHDAILY 6/2/2020

- Advertisement -