Mualaf dikunjungi PAS Perlis meninggal dunia

- Advertisement -

KANGAR: Seorang saudara baru, Burhan Abdullah, 54 di Kampung Chelong, Jalan Kaki Bukit yang diziarahi pemimpin PAS Perlis Ahad lepas, meninggal dunia hari ini.

Arwah yang tidak dapat berjalan akibat kencing manis dan menghadapi masalah buah pinggang dikunjungi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) tiga hari lepas.

Pengerusi LKK PAS Perlis, Wan Hassan Ismail berkata, arwah tinggal bersama isterinya yang juga warga emas di kampung tersebut.

“Solat ke atas jenazah diadakan di rumahnya jam 11 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kubang Perun.

“Kami juga terkejut dengan berita kematiannya kerana baru tiga hari lepas kita mengunjungi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada arwah,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 5/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -