Pesakit kanser kritikal perlu keprihatinan dermawan

- Advertisement -

MARAN: Nasib seorang pesakit kanser, Azhar Mohd Yassin, 45, mendapat perhatian ADUN Luit, Mohd Sufian Abd Jalil yang berharap keprihatinan orang ramai untuk menghulur bantuan atas penderitaan sedang dialami tersebut.

- Advertisement -

Selepas kaki kanan Azhar dipotong beberapa tahun lalu, keadaan kesihatannya kini semakin kritikal di mana kaki kirinya sedang mengalami simptom sama yang memungkinkan juga dipotong dalam tempoh terdekat.

Menurut Sufian, pembengkakan di paha kiri akibat sakit sama dikenali sebagai ‘soft tissue sarcoma’ yang menjadi penyebab ia kehilangan kaki kanan November 2007 dahulu dan kini mula merebak ke organ-organ penting tubuh.

Akibat penyakit itu juga Azhar yang sebelum ini mengusahakan perniagaan memperbaiki komputer di lot niaga Majlis Daerah Maran terpaksa berhenti akibat kehilangan upaya untuk bekerja.

Azhar yang baharu sahaja ditahan di wad Hospital Kubang Krian, Kelantan tinggal bersama isteri yang merupakan saudara baru dan mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan menetap di Kampung Luit, di sini.

Sehubungan itu warga yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Agro Bank 1006 2210 0002 5954 atas nama Tabung Cakna Rakyat DUN Luit dan maklum ke WhatsApp 0199511131 (Razali). – HARAKAHDAILY 4/2/2020

- Advertisement -