KOTA BHARU: Petugas media diajak memain peranan mempromosi lokasi dan keunikan negeri Serambi Makkah sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) Zulkifli Mamat berkata, mereka boleh memainkan peranan tersebut menerusi media masing-masing.
Katanya, sebelum ini tidak dinafikan media banyak melaporkan berita serta perkembangan positif yang dicapai kerajaan negeri sepanjang tempoh 30 tahun pentadbiran di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
“Mudah-mudahan dengan cara itu pelancong dapat mengenali lokasi dan keunikan Kelantan untuk mengunjungi negeri ini,” katanya ketika meraikan petugas media Kelantan di Restoran Baloh Jembal di sini semalam.
Hadir sama Penyelia Parlimen Tanah Merah Wan Yusoff Wan Mustafa, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung (DHPP) PAS Kelantan Lim Guan Seng dan kakitangan UPKN. – HARAKAHDAILY 4/2/2020
Media promosi lokasi menarik di Kelantan
- Advertisement -