Idlib: Krisis yang sukar diubati

- Advertisement -

LATAR belakang

(1) Sebelum ini saya pernah tulis mengenai Idlib dan Psywar Amerika [1]. Walaupun memang diakui bahawa wujudnya propaganda Amerika, namun kita tidak boleh nafikan wujudnya krisis di sana.

Di dalam artikel tersebut juga, saya telah berkongsi serba sedikit perang proksi yang menghantui dunia Syria. Berita berita yang sampai di Malaysia, rata rata ada kepentingan proksi proksi tersebut.

Contohnya kumpulan White Helmet yang ditaja oleh Amerika [2], dan banyak membuat ulasan atau liputan yang menggambarkan kekejaman Basyar Asad terhadap rakyatnya.

(2) Dalam masa yang sama, media media itu kerap mengecam Russia, Iran dan Syria itu sendiri. Maka, secara kasarnya kita boleh faham bahawa media itu kemungkinan cenderung Blok Amerika.

Apabila Amerika serang Idlib sepertimana yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, media akan menggambarkan bahawa Amerika menyerang kumpulan pengganas.

(3) Maka, dalam hal ini kita perlu cermat, supaya tidak termakan dengan propaganda Amerika, yang sememangnya menguasai telekomunikasi hari ini tanpa dinafikan.

Hari ini krisis Idlib menjadi antara berita terhangat di Asia Barat, apabila berlonggoknya proksi proksi di situ. Masing masing punyai kepentingan.

(4) Pada 13 Oktober 2017, Reuters melaporkan bahawa rombongan pertama ketenteraan Turki di Idlib bermula pada ketika itu [3]. Ia adalah sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dengan Rusia dan Iran untuk menguatkuasakan zon ‘de-eskalasi’ Barat Laut Syria.

2017

(1) Sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters juga bahawa Konvoi tentera Turki pada 2017 itu memasuki bawah perlindungan Tahrir al-Sham untuk mengambil kedudukan di barisan hadapan dengan YPG

Tahrir al-Sham menentang perjanjian de-eskalasi dengan kerajaan Asad, tetapi peranannya dalam mengawal pasukan peninjauan Turki menunjukkan tidak mungkin berlaku pertembungan antara pejuangnya dengan Turki.

(2) Operasi ketenteraan Turki di Idlib juga termasuk kumpulan pemberontak Syria yang terlibat dalam operasi ‘Euphrates Shield’ yang dilancarkan oleh Turki di Syria tahun lalu lebih jauh ke Timur [3]

Pemberontak Tahrir al-Sham dan Euphrates Shield telah bertempur pada 2016 dan pakatan jihad itu turut bertempur pada 2017 terhadap pemberontak lain di Idlib dan kawasan sekitarnya dalam usaha untuk mengukuhkan kawalannya [3]

(3) Keputusan Turki untuk melancarkan kempen Euphrates Shield pada 2016 bertujuan untuk menghalau ISIS dari sempadannya, dalam masa yang sama menghentikan Kurdish YPG daripada mendapatkan lebih banyak pengaruh.

Dalam pertempuran YPG terhadap ISIS, YPG mendapat sokongan Amerika telah merampas banyak wilayah di Timur Laut Syria dan cuba menghubungkan wilayah itu dengan Kanton di Afrin.

(4) Pada 2019 Turki telah membuat tindakan menyerang sempadan Syria-Turki atas ‘alasan lapik’ iaitu kuasa dunia berdiam diri dan tidak boleh diharap. Erdogan menyifatkan beliau sudah lama bersabar dalam hal itu. [4]

Atas alasan migran Syria sudah mencecah 2 juta orang di dalam Turki. Dalam masa yang sama kita sedar bahawa lambakan orang Syria di bumi Turki menjadi bahan untuk mengurangkan pengaruh Erdogan.

Geng Kurdistan

(1) Setelah beberapa siri peperangan antara Turki dan Syrian Democratic Forces (SDF) menyaksikan bagaimana mereka terpaksa berundur sehingga 35 km daripada sempadan Turki-Syria. [5]

Dari sudut ini, saya melihat Turki boleh meraih pengaruh politik sebagai pembela isu kemanusiaan apatah lagi di saat dunia memejam mata isu Syria.

(2) PKK dan YPG kedua duanya adalah pertubuhan ketenteraan dalam isu sempadan ini, dan masing masing berada di bawah SDF yang dikatakan ditaja oleh Amerika. [6]

Kumpulan Kurdis Syria (PKK) dianggap sebagai terrorist bangkit atas matlamat menubuhkan Kurdistan Raya [7], manakala cabangnya YPG tidak dilabel sedemikian. Sebab? Tidak diketahui.

(3) Mereka berpusing pusing antara SDF, YPG dan PKK. Sebelum ini, Amerika telah membuat keputusan untuk mengeluarkan tentera mereka dari sempadan Syria.

Ini menyebab berlakunya bantahan daripada Barat kerana mereka menganggap tidak sepatutnya geng Kurdistan dibiarkan berperang sendirian dengan Turki. [8]

(4) Tindakan Erdogan dan penarikan Tentera Amerika ini selepas pertemuan Donald Trump dan Erdogan. Seolah olah sudah wujudnya persefahaman antara kedua dua pihak.

Dalam masa yang sama kita perlu tahu bahawa pelan New Middle East ke arah mewujudkan negara Kurdistan Raya [8]. Pengukuhan geng Kurdi di celah celah sempadan Turki dan Syria ini hakikatnya ditentang oleh kedua-dua negara ini.

Rusia, China dan Turki

(1) Sejak dari penarikan semula tentera Amerika daripada sempadan Turki-Syria, muncul pula Rusia untuk mengisi kekosongan di rantau tersebut. [9]

Antara Julai hingga Oktober 2019 Presiden Rusia telah melontarkan hasrat kepada PBB untuk mewujudkan sistem kawalan keselamatan di Timur Tengah.

(2) Antara cadangannya ialah menarik kuasa-kuasa lain untuk turut sama dalam kawalan keselamatan ini selain daripada Eropah. [10]

(3) Sepertimana yang diceritakan di awal tadi, Turki mula bertapak di Idlib sejak 2017. Antara tujuannya ialah menjaga keselamatan di wilayah tersebut.

Iaitu bagi menghadapi geng Kurdistan. Justeru, ‘secara lumrahnya’ Turki perlu bersedia dengan serangan daripada sesiapa sahaja termasuk Syria sendiri.

(4) Pada Mei 2019, Kerajaan Asad mengisytiharkan gencatan senjata di wilayah itu [11] Tetapi Asad diberitakan menyerang semula wilayah itu bermula Ogos tahun lepas hingga ke saat ini. [12]

Asad dikatakan bertekad nak mengambil wilayah itu [13] Awal tahun ini persaingan ini dibuka dengan serangan udara kerajaan Assad ke atas wilayah tersebut. [14]

Idlib digambarkan sebagai krisis kemanusiaan yang paling dahsyat. Yang pastinya Kerajaan Asad dipersalahkan dalam krisis ini. [1]

Perang proksi

(1) Pada Ogos 2019, Turki, Rusia dan Iran masing masing mengadakan beberapa kali rundingan. Namun tidak berhasil. Wilayah tersebut terus bergolak.

Pada Disember 2019, Turki telah menghantar Timbalan Menteri Luar untuk berunding dengan Rusia untuk gencatan senjata di wilayah itu. [15]

(2) Apatah lagi wilayah itu menerima serangan bom bertalu talu walaupun rundingan dibuat beberapa kali. Namun, usaha itu dilihat tidak sepertimana yang dibincangkan.

(3) Pada 3 Februari 2020, Daily Sabah melaporkan bahawa Turki sudah mula membalas serangan. [15] Dikatakan serangan Tentera Assad sebelum ini mengorbankan 4 tentera Turki.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Presiden, Ibrahim Kalın mengutuk serangan itu, mengatakan bahawa Turki menganggap ia melanggar perjanjian Idlib [15]

(4) Akibat pertembungan perang proksi yang dahsyat dan berselirat, menyebabkan usaha untuk mengembalikan keamanan wilayah itu seakan akan mustahil.

(a) Turki bertapak di wilayah tersebut bagi menjaga sempadan negaranya. Manakala geng Kurdistan dilihat cuba menjayakan Kurdistan Raya.

(b) Geng Kurdistan (YPG) yang ditaja oleh Amerika semestinya untuk kepentingan Pelan New Middle Eastnya. Manakala Syria pula ingin menjaga wilayah tersebut, sebab dalam kawasan tanahnya.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3381515588556844&id=100000953077134

[2] https://edition.cnn.com/2018/05/04/politics/us-funding-syria-white-helmets/index.html

[3] https://www.reuters.com/article/us-mideast-crisis-syria-turkey/first-convoy-of-turkish-military-op-enters-syrias-idlib-witness-and-rebels-idUSKBN1CH31K

[4] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/15/presiden-turki-kami-terpaksa-serang-syria-kerana-dunia-gagal/

[5] BBC NewsTurkey-Syria offensive: Kurds reach deal with Syrian army
https://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-50036901

[6] https://youtu.be/maE1Nq3AOAU

[7] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1209474262579378/

[8] https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/08/as-tarik-balik-tentera-dari-utara-syria

[9] https://www.google.com/search?q=bernard+lewis+new+middle+east+map&client=ms-android-xiaomi-rev2&prmd=inmv&sxsrf=ACYBGNRnx29gai5CULKGsJwOlwx9SqtaNg:1580787453335&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiT-_uU_LbnAhUUXSsKHUAqDCMQ_AUoAXoECA8QAQ#imgrc=uZ2grMmiDyDesM%3A

[10] https://www.scmp.com/news/china/diplomacy/article/3033501/china-poised-not-rushing-follow-russia-plan-middle-east

[11] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/05/565852/rejim-syria-laksana-gencatan-senjata-di-idlib-russia/amp

[12] https://www.trt.net.tr/melayu/dunia/2019/08/05/bashar-al-assad-serang-idlib-lagi-1247991

[13] https://www.dailysabah.com/politics/2020/02/03/turkey-retaliates-against-assad-regime-attack-in-syrias-idlib

[14] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/645971/18-orang-awam-maut-serangan-udara-di-idlib/amp

[15] https://www.dailysabah.com/politics/2020/02/03/turkey-retaliates-against-assad-regime-attack-in-syrias-idlib

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 4/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -