Seni tempur muay antara tarikan TMK2020

- Advertisement -

KETEREH: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan telah merasmikan KMC Fight yang berlangsung dengan disaksikan lebih 3,000 peminat sukan aksi ini di Dewan YLL Peringat, Melor, di sini malam tadi.

- Advertisement -

Naib Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan, Mohd Ali Akbar Yusoff memaklumkan, pertandingan berprestij tinggi ini adalah antara acara sempena Tahun Melawat Kelantan 2020.

Jaguh daripada Thailand iaitu Iquezang Kor Rungthanakeat serta Andy Istonia peserta Itali antara menjadi tumpuan sukan gaya dan seni pertempuran hebat yang turut serta dalam pertandingan ini.

Dalam aksi perlawanan akhir yang mengujakan para peminat sukan ini, kemenangan telah berpihak kepada anak muay dari Itali, selain hadirin turut menyaksikan jaguh negara turut beraksi.

Antaranya Mat Ropi Kuda Merah yang bertemu lawan dari Laos iaitu Sak Souliyavong di mana berakhir dengan keputusan seri, namun jelas terpancar kepuasan di wajah para peminat. – HARAKAHDAILY 2/2/2020

- Advertisement -