UEC: Selamat tinggal DAP dari Putrajaya

- Advertisement -

GAMIS menyambut baik keputusan DAP untuk keluar dari Pakatan Harapan apabila kerajaan mengambil keputusan tidak mengiktiraf UEC sebagai satu peperiksan rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia.

GAMIS mengucapkan selamat menjadi pembangkang kepada DAP lantaran masih degil mempertahankan sikap rasis mereka mempertahan UEC.

GAMIS terharu melihat kesungguhan DAP menjulang pendidikan UEC berbanding pendidikan sedia ada sebagai satu senjata untuk menjadi King Maker dalam institusi kerajaan. Malah, DAP terlalu yakin tuntutan mereka akan diberi perhatian oleh KPM yang dipangku oleh Tun Dr Mahathir.

Mengambil semangat tuah Tahun Baru Cina, GAMIS berbesar hati menyatakan komitmen penuh untuk membentangkan karpet merah menunjukkan jalan keluar dari Putrajaya kepada DAP dengan disertai kumpulan pancaragam.

GAMIS juga sedia mengambil alih tugas Bentara mengiringi keluar Nga Kor Ming dari Dewan Rakyat kerana kerelaan beliau untuk melepaskan jawatan.

GAMIS menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama GAMIS mengiringi perarakan keluar DAP dari Putrajaya.

“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”

SAIFULLAH BAIDURI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

30 Januari 2020M | 06 Jamadil Akhir 1441H – HARAKAHDAILY 30/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -