UEC: DAP sila keluar Kerajaan

- Advertisement -

PAS mendesak parti Cauvinis DAP lebih baik keluar Kerajaan Persekutuan ekoran ugutan pemimpin mereka berhubung cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Pemimpin tersebut mengugut DAP akan keluar kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

Cadangan DAP mengiktiraf UEC adalah pengkhianatan besar kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan melebarkan jurang perkauman di Malaysia.

Ia nyata bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan jelas ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

Sistem pendidikan sedia ada diperkenalkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan menyanjungi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi tonggak keharmonian negara.

Manakala, UEC ditadbir oleh Dong Jiao Zong yang angkuh dengan sikap ekstrem sehingga tidak boleh bertolak ansur dengan modul tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat.

Tambahan, Pasukan Petugas Dasar UEC yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan masih gagal mengeluarkan laporan rasmi meskipun tarikh akhir adalah pada Oktober 2019 yang lalu.

Budaya ugut dalam kalangan DAP bukan suatu yang baharu. Mereka amat terdesak untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina.

Kekalahan PH dalam lima Pilihan Raya Kecil berturut-turut membuktikan DAP menjadi satu liabiliti besar dalam kerajaan.

PAS berpendirian supaya DAP berhenti mendesak pengiktirafan UEC atau keluar daripada kerajaan.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
30 Januari 2020 | 5 Jamadilakhir 1441 – HARAKAHDAILY 30/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -