PAS santuni hal ehwal Orang Asli di Jeli

- Advertisement -

JELI: Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka dan Orang Asli PAS Pusat, Awang Hashim telah mengetuai ziarah ke Kampung Orang Asli di Kampung Sungai Rual, Kampung Kalok dan Kampung Manok, di sini hari ini.

- Advertisement -

Lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan sebagai antara aktiviti utama lajnah dalam menyantuni Orang Asli dari suku Jahai yang seramai sekitar 1,000 orang di mana majoriti mereka beragama Islam.

Turut serta sama ialah Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Nazman Che Iberahim di mana mereka telah disambut Penghulu Bidin Daun dan Penghulu Dollah Teras.

Dalam kunjungan tersebut, Awang yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Pendang) ketika interaksinya bersama penduduk telah menerima rungutan mereka mengenai kesempitan hidup akibat ekonomi masa kini.

Rata-rata mengadu hanya bergantung kepada hasil hutan seperti rotan dan akar kayu, selain sedikit dividen sawit daripada Ladang Masyarakat yang diusahakan.

Bersama menjayakan ziarah ini adalah Setiausaha PAS Jeli, Ustaz Nasir Yatibb dan Penghulu Mukim Sungai Long. – HARAKAHDAILY 29/1/2020

- Advertisement -