BA gantung sementara penerbangan ke China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: British Airways (BA) menghentikan sementara semua penerbangan dua hala ke China dan dari China berkuatkuasa serta-merta susulan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov).

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan BA berkata, tindakan menghentikan semua penerbangan ke China dibuat atas nasihat Pejabat Luar Negeri.

“Kami telah menggantung penerbangan kami ke dan dari Beijing dan Shanghai dengan serta merta sehingga pada 3 Februari sementara kami menilai keaadan.

“Penerbangan ke dan dari Hong Kong kekal tidak terjejas, keadaan ini akan terus dikaji dan kami akan terus mengemas kini dari masa ke semasa,” kata BA Airways di laman sesawang yang dimuatnaik hari ini pada jam 7 pagi (waktu UK).

- Advertisement -
sumber dari: https://www.britishairways.com/travel/flightops/public/en_my?p_faqid=7982

Sementara itu dalam satu laporan di portal English The Telegraph melaporkan, Britain mengesahkan seramai 1,500 orang yang tiba ke negara itu dari China sejak tahun baharu tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setiausaha Kementerian Kesihatan Britain, Mat Hancock berkata, pihaknya akan mengenakan kuarantin ke atas 1,500 orang tersebut.

“Ini adalah penyakit baharu dan para saintifik global masih mengkaji mengenainya. Saya telah mengarahkan Kesihatan Awam England untuk mengambil pendekatan ‘belt and braces‘ termasuk mengesan orang yang telah berada di Wuhan sejak 14 hari lalu.

“Coronavirus biasanya tidak merebak sekiranya orang tidak mempunyai simptom, namun kita tidak boleh 100 peratus pasti.

“Dari hari ini, kerana kebimbangan telah dibangkitkan mengenai simptom gejala yang terhad, oleh itu kami meminta sesiapa di UK yang telah pulang dari bandar Wuhan dalam 14 hari terakhir untuk mengasingkan diri sendiri.

“Kekal di dalam rumah dan mengelakkan bergaul dengan orang lain dan hubungi talian 111 atau panggil GP jika mempunyai simtom berkaitan masalah pernafasan,” kata Hancock. – HARAKAHDAILY 29/1/2020

- Advertisement -