‘Ghabat’ bukit dedah anak muda kehidupan aktif

- Advertisement -

JERAI: Kehidupan era hari ini semakin mencabar di mana rakyat berdepan banyak ketidaktentuan terutama ekonomi negara hingga menyebabkan mereka terpaksa menghadapi kos sara hidup yang agak tinggi.

- Advertisement -

Lebih membimbangkan, generasi muda pula seolah-olah berada dalam dunia tersendiri dengan banyak berinteraksi menggunakan gajet menyebabkan nilai kehidupan bermasyarakat luput di bawa zaman.

Namun demikian, bagi Ketua Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri DACS Negeri dan Kelab-kelab dibawahnya menawarkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk anak muda.

Antaranya puji beliau, usaha DACS Kedah dan Alternative Trekking Club (ATC) yang aktif menganjurkan program antaranya Mahabah Hiking Gunung Jerai dan beriadah bersama di Air Terjun Puteri Mandi, di sini kelmarin dahulu.

Pengarah DACS Kedah, Faizal Bakar berkata, aktiviti seumpama ini dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali sebulan yang diisi dengan solat berjemaah, perkongsian ilmu dan aktiviti sosial mengutip sampah.

“Islam sangat menganjurkan umatnya cergas dan sihat serta mampu beribadat kepada Allah S.W.T dengan sebaiknya disamping menjaga adab pergaulan bersama,” ujar beliau yang juga aktif bersama kelab permotoran, ARC.

Program tersebut turut disertai Pengerusi ATC Malaysia, Ustaz Mohd Hayazi Saad dan saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai yang berlangsung dengan jayanya. – HARAKAHDAILY 28/1/2020

- Advertisement -