Ziarah PAS cakna kebajikan masyarakat

- Advertisement -

DUNGUN: Ziarah dari rumah ke rumah menjadi salah satu mekanisme paling efektif bagi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu dalam dalam menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal golongan memerlukan.

- Advertisement -

Setiausaha Kebajikan PAS Terengganu, Ghazali Sulaiman berkata, kepimpinan dan gerak kerja PAS sememangnya amat sinonim dengan usaha-usaha kebajikan serta sering turun ke lapangan dalam menyantuni rakyat.

“Ini kerana apabila tidak turun sendiri kita tidak dapat mengetahui apa yang dihadapi rakyat, terutamanya pada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, ditimpa kesusahan dan sebagainya.

“Dengan cara begini secara tidak langsung kita dapat berkongsi suka duka dihadapi masyarakat bagi memastikan setiap dari mereka sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera,” jelasnya ketika berziarah ke rumah-rumah penduduk di sekitar Bukit Besi, di sini hari ini.

Menurut beliau juga, melalui ziarah berkenaan segala maklumat dan data direkod bagi simpanan pihaknya untuk memastikan perkembangan kesihatan atau keperluan mereka yang diziarahi dapat diikuti dari semasa ke semasa.

“Serta kita juga melihat dari sudut keperluan yang mereka inginkan, jika memerlukan kerusi roda, katil dan sebagainya kita ada alatan berkenaan yang kita bekalkan kepada mereka yang memerlukan dengan secara wakaf, di mana digunakan sehingga sihat atau tempoh tertentu,” jelasnya.

Jelasnya lagi, doa sering dipanjatkan agar setiap penduduk sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T serta sentiasa diberi kekuatan serta kesabaran setiap kali ditimpa kesulitan dan kesusahan. – HARAKAHDAILY 27/1/2020

- Advertisement -