ADUN Tg Dawai lawat operasi Bomba kawal kebakaran

- Advertisement -

MERBOK: ADUN Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumut mengawal kebakaran di Pusat Pelupusan Sampah, Semeling, di sini hari ini.

- Advertisement -

Beliau hadir sendiri ke lokasi kejadian bertemu para petugas daripada pasukan tersebut di mana masih memberi kawalan penuh kebakaran yang menyebabkan sekitar Daerah Kuala Muda ini diliputi asap sejak minggu lalu.

Kedatangan Ustaz Hanif itu turut serta menyampaikan sumbangan makanan bagi semua petugas, selain beliau mendapat taklimat langsung disampaikan Pegawai Bomba bertugas, selain pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga kini dilaporkan lebih 50 meter persegi dari 4 hektar kawasan pelupusan sampah ini telah terbakar, namun berjaya dikawal sepenuhnya sejak kejadian berlaku akibat pembakaran oleh penceroboh pada Isnin minggu lalu.

Pihak berkuasa bagaimanapun berjaya menahan suspek dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu di mana terlibat melakukan perbuatan tersebut bagi mendapatkan dawai tembaga. – HARAKAHDAILY 27/1/2020

- Advertisement -